Laman Utama

[VIDEO] Kongsi Kisah Hijrah, Diana Amir Bersyukur Jadi Tetamu Next To Neelofa; “Saya Juga Masih Banyak Perlu Belajar”

Shahrin Zulkifle
21/09/2022
07:30 MYT
Pelakon Diana Amir meluahkan rasa syukur apabila dirinya dijemput menjadi artis undangan dalam program Next To Neelofa bagi musim terbaharu.
Menerusi hantaran terkini di Instagram, pemilik nama lengkap Nurdiyana Amir Hashim, 36, menyampaikan ucapan terima kasih kepada pengacara dan usahawan popular, Neelofa kerana menjemputnya ke program berkenaan.
“Alhamdulillah, jazakallah (terima kasih) Neelofa menjemput saya menjadi tetamu hari ini,” tulisnya pada kapsyen.
Sementara itu, Diana turut memuat naik sebuah video yang menghimpunkan beberapa momen sewaktu penggambaran program tersebut buat tontanan umum.
Dalam pada itu, Diana berkata dia bersyukur apabila dapat berkongsi ilmu tentang agama bersama bekas pengacara MeleTop itu.
“Awak (Neelofa) bagi tahu saya juga seorang niqabis (wanita berniqab) dan datang daripada industri hiburan yang sama, jadi saya faham kepayahan itu.
“Masha-Allah, saya juga masih banyak perlu belajar. Alhamdulillah, saya dapat berkongsi beberapa pandangan daripada sudut saya dan saya juga mempelajari sesuatu daripada awak (Neelofa).
“Diharap Allah memandang perkongsian ini dengan pandangan rahmat. Amin Ya Mujib,” tambahnya.
Menjengah ke ruangan balas, ramai wargamaya yang menitipkan doa dan kagum melihat usaha dakwah yang dilakukan oleh kedua-dua aktres itu.
Untuk info, Next To Neelofa musim pertama ditayangkan pada 2020 dan antara tetamu yang pernah diundang ke program tersebut seperti Datuk Sri Siti Nurhaliza, Datuk Hans Isaac, Datuk Rizalman Ibrahim, Datuk Chef Wan dan ramai lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Uyaina Arshad Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Neelofa & Izara Aisyah - “I Adore Both Women So Much In Many Ways”

gempak
22/07/2024
12:55 MYT
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi momen pertama kali dia bertemu dengan selebriti dan usahawan Neelofa serta aktres Izara Aisyah.
Hiburan

PU Riz Puji Masakan Neelofa, Nak Anak-Anak Makan Makanan ‘Homemade’ Saja - “Kalau Boleh Memang Nak elak…”

gempak
17/07/2024
00:55 MYT
Usahawan dan selebriti terkenal Neelofa memberitahu suaminya yang juga penceramah bebas iaitu PU Riz atau Haris Ismail lebih gemar anak-anak mereka makan makanan yang dimasak di rumah.
Hiburan

Cara Masak Dikritik Netizen, Neelofa Dah Malas Buat Konten Memasak – “Semua Macam Terpaling Betul”

gempak
16/07/2024
07:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Neelofa menyatakan dia berasa malas untuk menghasilkan sebarang konten masakan.
Hiburan

Pembukaan Kedai Pertama Hadiah Istimewa Buat Peminat Neelofa & PU Riz - “Alhamdulillah, Perniagaan Yang Kami Usahakan Mendapat…”

gempak
15/07/2024
11:55 MYT
Pasangan selebriti, Neelofa dan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz melahirkan rasa syukur apabila impian untuk membuka kedai pertama mereka iaitu Nunha Store tercapai.
Hiburan

Neelofa Tetap Suka ‘Blur’ Muka Anak, Belum Terfikir Kongsi Wajah Abdullah Abbas - “Saya Rasa Lebih Selesa Tak Tunjuk, I Like It!”

gempak
15/07/2024
00:55 MYT
Setahun sudah usia anak kedua Neelofa dan Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz iaitu Abdullah Abbas namun sehingga kini pasangan selebriti masih belum dikongsikan puteranya itu.