[VIDEO] Kongsi Momen Menangis Jejak Kaki Di Tanah Suci Ketika Hujan, Netizen Doakan Daiyan Trisha Terus Istiqamah - “Moga Jadi Titik Perubahan…”

Asyikin Mayudin
April 6, 2023 12:50 MYT
Sebak sehingga mengalirkan air mata… itulah perasaan yang digambarkan selebriti terkenal Daiyan Trisha sebaik saja tiba di Masjid al-Haram, Makkah dalam keadaan cuaca hujan.

Daiyan menerusi video yang dikongsikan di TikTok memperlihatkan dia betul-betul teruja sehingga menangis kesyukuran dapat merasai pengalaman manis itu.

“Baru sampai, terus hujan,” tulis kapsyen di perkongsian Daiyan secara ringkas.

Rata-rata netizen turut mendoakan agar pelakon drama siri popular Projek : High Council itu terus istiqamah dalam memakai tudung sebaik saja pulang ke Malaysia nanti.

“Daiyan, balik Malaysia nanti perlahan-lahan belajar pakai tudung ya.

“Alhamdulillah dah sampai tanah suci. Moga jadi titik perubahan diri, tak peluk-peluk bukan mahram dah.

“Alhamdulillah, balik Malaysia teruskan pakai pakaian macam ini ya. Allah suka,” komen beberapa netizen.

Terdahulu, Daiyan meluahkan rasa syukur apabila dia berpeluang mengambil kesempatan dalam keberkatan bulan Ramadan ini untuk menunaikan umrah sekali lagi.

BACA: Daiyan Trisha Sekali Lagi Tunai Umrah Di Bulan Ramadan - "Tak Sabar Nak Jumpa Cinta Hati"

@daiyantrisha22
baru sampai, terus hujan ??️❤️

♬ original sound - Daiyan Trisha
#Daiyan Trisha #Makkah #Daiyan #Daiyan Makkah #Daiyan menangis