Perkongsian video memperlihatkan usahawan Watie Hanifiah memberi pandangan mengenai pasangan menarik perhatian netizen di TikTok.

Menerusi video tersebut, Watie berkata seseorang wanita yang sudah memaafkan pasangannya tidak sepatutnya mengungkit lagi kesilapan yang telah dilakukan.

“Maafkan maksudnya maafkan. Bukan hari ini dia minta maaf, kita dah rasa terbuka nak maafkan, tiba-tiba esok kau ungkit… itu salah.

“Kalau dah maafkan tak ada istilah esok itu atau pun lepas lama-lama ‘you dulu masa tu you pernah kan. You bukannya tak pernah cakap’… tak boleh!

“Sebab apa once you dah maafkan maksudnya you dah maafkan. You tutup cerita yang lama,” kata Watie menerusi perkongsian video di TikTok Inayah Beauty Trading.

Malah Watie turut memberitahu kadang-kadang lelaki mudah berasa jemu dan tercabar apabila pasangannya kerap kali mengungkit kesilapan silam.

“Sebab kadang-kadang lelaki ini bila kita, dia dah buat perangai lepas itu kita dah maafkan dia, tapi bila gaduh, perli-perli. Itulah yang kadang-kadang buat rasa baik aku tak payah berubah.

“Kau tetap ungkit juga. Kau tetap cakap aku buat juga. Kadang-kadang benda itu akan mencabar kesabaran dia,” ujar Watie lagi.

Bagaimanapun rata-rata netizen lebih fokus cara percakapan Watie yang dianggap seperti Allahyarham penyanyi Siti Sarah.

“Okay aku faham kenapa Watie pilihan Shuib. Salah satu cara dia bercakap sebiji Siti Sarah.

“Mungkin sebab Watie punya chemistry hampir sama dengan arwah, sebab itu Shuib pilih dia.

“Dia gelak macam arwah, patutlah Shuib suka dia,” komen netizen.

@berryfullhq Para lelaki sila hadir? betul tak watie cakap ni? #watiehanifiah #fyp #berryfull #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #shuibsepahtu ♬ Atas Nama Cinta by Gonebloom - gonebloom