[VIDEO] Kongsi Rakaman Video Arwah Siti Sarah Di Instagram, Shuib Titip Pesan Buat Para Suami - “Pada Suami Semua…”
Izwan Isa
09/08/2022 23:50 MYT
09/08/2022 23:50 MYT
Semalam, genap setahun penyanyi Siti Sarah Raissuddin pergi menghadap Yang Maha Esa. Sungguhpun masa telah menjarakkan duka, namun kehilangannya masih tetap terasa.
Kenangan pemergian arwah dikongsi suami, Shuib Sepahtu. Menerusi kemas kini Instagram, Shuib berkongsi video yang disifatkan sentiasa membuatnya mendakap rasa sedih.
“9 Ogos 2022. Genap setahun sayang pemergian you. Inilah video yang selalu buat I sedih yang teramat. Masa ni pregnant lima bulan, you nak sangat makan dekat tempt favourite you.
“Berkali-kali call sebab nak ajak pergi makan. Bila I pergi ambik, buat pulak muka comel dengan manjanya sekali. Alhamdulillah dapat you makan kat tempat yang you nak,” tulis Shuib.
Selain berkongsi mengenai situasi yang dirakam bersama arwah isteri tersayang, Shuib juga berpesan kepada para suami supaya sentiasa peka dengan permintaan orang yang disayang.
Tambah Shuib, permintaan tersebut barangkali boleh jadi permintaan terakhir mereka.
“Pada suami semua, selagi mana kita boleh tunaikan permintaan orang yang kita sayang, cubalah sehabis baik untuk memenuhi segala permintaan kerana mungkin itu adalah permintaan yang terakhir.
“Terima kasih yang terus mendoakan Siti Sarah, semoga kita semua diberkati dan dirahmati dunia dan akhirat. Amin. Al-Fatihah buat Siti Sarah Bt. Raissuddin.
Untuk rekod, allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus COVID-19.