Laman Utama

[VIDEO] Konon Jerit ‘Marahkan’ Pengadil, Gigi Palsu Penyokong Terengganu FC Terpelanting Jatuh Masuk Longkang

Shahrin Zulkifle
12/09/2022
05:00 MYT
Seorang lelaki membuat pengguna laman TikTok terhibur apabila gigi palsu yang dipakainya tercabut dan jatuh ke dalam longkang ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2022 yang berlangsung semalam.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik pengguna @mizalurima11, kejadian berlaku ketika lelaki berkenaan hadir memberi sokongan kepada pasukan pilihanya iaitu Terengganu FC (TFC) di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Menurut pemilik akaun itu, lelaki berkenaan dikatakan sedang bersorak kononnya ‘marahkan’ pengadil perlawanan sehingga tanpa disengajakan gigi palsunya terpelanting jauh.
“Pengadil la ini punca, tercabut gigi palsu kawan saya masuk longkang, hahah”, tulisnya pada kapsyen.
Dalam pada itu, kejadian tersebut turut disaksikan beberapa penyokong TFC lain yang berada disitu dan turut bergelak sama.
@mizalurima11 Pengadil la ni punca,tercabut gigi palsu kwn saya ke longkang ???#terengganufc #tiktok #fyp #bukitjalil ♬ original sound - ROLL
Menjengah ke ruangan balas pula, ternyata wargamaya turut terhibur melihat kejadian berkenaan.
Malah ada juga yang bergurau dengan mengatakan sama ada lelaki berkenaan memperoleh semula giginya atau tidak.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima lebih 600 ribu tontonan dan 35 ribu tanda suka.
Terdahulu, perlawanan akhir Piala FA 2022 menyaksikan pasukan TFC menentang pasukan Johor Darul Ta’zim dengan keputusan penuh memihak kepada JDT, tiga berbalas satu jaringan gol daripada TFC.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Semua Peserta All Out! Yuna Akui Tertekan, Bunga Citra Lestari Stres… Ini Komen-Komen Juri Pada Minggu Pertama

gempak
22/07/2024
02:55 MYT
Juri-juri Gimme The Mic Malaysia menyifatkan konsert minggu pertama agak mencabar dalam memilih peserta yang terbaik.
Viral

Duduk Dalam Keadaan Pelik, Aksi Lucu Kucing Ini Buat Netizen Tak Kering Gusi - “Dia Tengah Buat Pilates Tu”

gempak
21/07/2024
06:55 MYT
Gelagat dan telatah kucing yang comel dan lucu seringkali mencuri tumpuan ramai pihak.
Hiburan

Isteri Sakit Kaki, Halim Radzi Sanggup Tukar Kasut Pakai Heels Dalam Mall! Netizen Puji - “Untungnya Dapat Suami Sporting”

gempak
20/07/2024
21:50 MYT
Pelakon, Halim Radzi mendapat perhatian netizen selepas isterinya aktres, Sharifah Husna berkongsi satu video lucu merakamkan suaminya memakai kasut tumit tinggi.
Berita

Remaja Rebah Sebelum Tonton Perlawanan Bola Pernah Bergurau Akan Viral & Meninggal Dunia Pada Hari Jumaat

gempak
20/07/2024
12:25 MYT
Selain itu, Muhammad Danish Hakim juga pernah bergurau bahawa dia mungkin tidak akan hidup lagi sampai tahun depan dan seolah-olah dia tahu masanya akan tiba tidak lama lagi.
Berita

Remaja Rebah Meninggal Dunia Sebelum Tonton Perlawanan Kedah Lawan JDT

gempak
20/07/2024
04:55 MYT
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.