Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] “Lah Kata Dah Clash?” - Netizen Pelik Tengok Janna Nick & Dini Schatzmann Muncul Dalam Video TikTok Alvin Chong

Izwan Isa
20/11/2022 03:50 MYT
Minggu lalu kecoh di laman sosial apabila pelakon dan penyanyi Janna Nick berhenti mengikuti kekasihnya itu di Instagram.

Bukan itu sahaja, Janna juga dilihat memuat naik kata-kata berbaur sedih, seperti memberi gambaran bahawa hubungannya dengan Dini telah berakhir.

“Kepada kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya,” tulis Janna yang menguatkan lagi dakwaan bahawa hubungan yang terbina telah pun terlerai.

Namun, status hubungan dia dan Dini kembali menjadi bahan bualan apabila mereka dilihat muncul menerusi video TikTok yang dikongsikan oleh pelakon Alvin Chong.
undefined
Janna dan Dini muncul mengikuti gerak tari dan menyanyi lagu baharu Alvin berjudul Ku Rasa Terseksa.

Sungguhpun Janna kelihatan gembira, namun, tidak dapat disahkan bahawa video berkenaan baru dirakam atau sekadar video lama.

Meninjau ruangan komen, ramai yang terkejut melihat kelibat Janna yang masih berada di sini Dini.

“Ke video ni dah ada sebelum break?”

“Tak putus lagi kan? Berharap mereka ke jinjang pelamin dan hubungan kekal selamanya.”

“Lah kata dah clash dua-dua tu? Elok pulak masih bersama.”

Hubungan cinta antara Janna Nick dan Dini Schatzmann tercetus pada Julai 2018 ketika sama-sama membintangi drama Bukan Cinta Aku.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Alvin Chong #Janna Nick #Dini Schatzmann
;