Video Lawat Kawasan Banjir Tular, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Layak Digelar Sultan Berjiwa Rakyat

Azwa Rahman
Mei 24, 2019 08:20 MYT
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah sememangnya terkenal sebagai sultan berjiwa rakyat dalam kalangan rakyat Pahang.
Sifat murninya itu terserlah menerusi sebuah video pada tahun 2014 yang baru sahaja tular kembali di laman sosial.

Banjir 2014, rilex jea Almarhum Baginda pergi turun melawat rakyat jelata.#RajaDanRakyatBerpisahTiada pic.twitter.com/XqoTNXpdZR

— Arjuna Hashim (@arjunahashim) May 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan Almarhum Sultan sedang memandu sebuah kereta Toyota dalam keadaan banjir.
Meredah banjir untuk melawat kawasan, almarhum Sultan sempat menyapa rakyat jelata yang sedang memancing di kawasan sungai berhampiran.
Rata-rata netizen berasa sedih dan menangis melihat kembali video tersebut.

? saya org kedah..tpi bila ada sultan yg mangkat sy turut sedih..betul la kata org yg raja berjiwa rakyat, sbb tu kita rasa dekat dgn mereka.. Al-Fatehah..

— Akmal Azlan (@manncina) May 24, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Al-Fatihah buat Almarhum Paduka Ayahanda Tuanku.."Sultan berjiwa rakyat"..

— AzmIsm (@selftots) May 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sedihnya atas pemergian Almarhum Baginda ? Sama sama la kita hadiahkan al fatihah untuk beliau.

— pi (@peenakann) May 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ya allah ?? this is why I respect all 9 malaysian rulers ?

— Aseef (@aseef_megat) May 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menitik jugak le airmata. Mak aku sampai tak masak la bebuka arini. Sedih dari pagi sampai ke petang.

— syamimi (@mimipengat) May 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, dilantik menjadi Sultan Pahang kelima pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Abu Bakar.
Istiadat pertabalan berlangsung di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan pada 8 Mei 1975.
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah mangkat pada hari Rabu, 22 Mei, jam 8.50 pagi di Intitut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
#Pahang #Kerabat #Rakyat