[VIDEO]: Lelaki Sepak Terajang Wanita Buat Ramai Geram! Neelofa Mohon Bantu Kongsi Info Jika Ada

Mya Amri
Oktober 31, 2022 05:15 MYT
Satu rakaman video yang merakamkan wanita dibelasah seorang lelaki telah menimbulkan kemarahan orang ramai termasuklah pelakon, Neelofa dan juga Michael Ang.

Lantas Neelofa juga mengambil inisiatif untuk mencari pelaku tersebut dengan berkongsi satu hantaran di akaun Twitter miliknya.

“Siapa ada info mengenai kejadian ini? Tolong maklumkan jika ada,” tulisnya.

Anyone ada more info on this? Please respond if you do ? pic.twitter.com/1aAGA44M6h

— Neelofa (@Neelofa) October 30, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sehingga kini ciapan tersebut menerima lebih 23,000 ulang kicau (retweet) di mana rata-rata netizen yang berkongsi juga mahu membantu mencari lelaki tersebut.

Terdahulu, video berdurasi 18 saat itu menunjukkan lelaki terbabit dipercayai seorang remaja menampar muka dan belakang kepala perempuan itu yang kelihatan sebaya dengannya beberapa kali, selain menendang bahagian pinggangnya.

Selepas ditampar dan ditendang, wanita itu juga menangis sambil melindungi dirinya dengan menekup tangan pada bahagian kiri serta kanan kepalanya.

#Viral #Neelofa #Tular #Noor Neelofa #Keganasan Terhadap Wanita #Mohon Cari #Pukul Wanita #Tendang Wanita