Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] Lelaki Tendang & Ludah Pada Kereta Tesla Tanpa Sebab, Owner Tampil Dedah Bukti Dashcam

Khairil Khusyairi
11/09/2024 01:55 MYT

Tular di media sosial kini sebuah rakaman video yang memaparkan sebuah kereta ditendang dan diludah oleh seorang individu di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur.

Tendang & Ludah Kereta Individu Lain

Menerusi perkongsian di Facebook, pemilik kenderaan tersebut tampil mendedahkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan sebuah keluarga keluar dari pusat beli belah untuk ke parkir.

Namun tiba-tiba salah seorang ahli keluarga terbabit bertindak menendang kereta jenis elektronik tersebut tanpa sebab.

Tidak cukup dengan itu, individu tidak dikenali tersebut turut berpatah balik semula ke kenderaan itu dan meludah ke bahagian sisi kereta.

“Rakaman CCTV keluarga yang menendang kereta saya di Nexus Bangsar South pada 8/9/2024.

“Dia juga meludah pada kereta saya di penghujung video. Plat keretanya ialah VA27. Memalukan keluarga ini,” tulis pemilik kenderaan tersebut.

Untuk mengesahkan lagi dakwaannya, pemilik kenderaan itu turut menyediakan rakaman kamera pemuka (Dashcam). Video tersebut jelas menunjukkan individu itu menendang keretanya.


View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


{^media|(width)300|(height)200|(ext).mp4|(url)https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/0_dummy/astro_gempak_tendang-kereta-tesla_1.mp4|(loop)True^}

Buat Laporan Polis

Susulan kejadian itu, pemilik kenderaan tersebut segera membuat laporan polis.

Bagaimanapun, beliau dimaklumkan berikutan ketiadaan kerosakan fizikal pada kenderaan itu, tiada fail kes akan dibuka.

"Saya melaporkan kepada polis pada hari yang sama tetapi kerana tiada kerosakan fizikal, mereka membenarkan saya melaporkan tetapi tidak akan membuka fail," kongsinya.

Walaupun kejadian itu tidak mengakibatkan kerosakan, tekanan emosi yang disebabkan oleh perbuatan vandalisme yang tidak perlu itu tidak dapat dinafikan.

#Viral #Video #Kereta #Kuala Lumpur #Ludah #Tesla #Tendang