Nampaknya nama pempengaruh Nur Sajat kembali menjadi sebutan dalam kalangan netizen. Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok, usahawan kontroversi itu dikatakan pernah membintangi klip video bagi lagu karaoke Kekasih Pujaan nyanyian Datuk Sharifah Aini.

Difahamkan, dalam klip video berkenaan, Sajat didakwa masih lagi mengenakan persalinan baju Melayu, lengkap dengan songkok.

@farrrjooo Hmmm time ni Kanda ke Dinda? Nak panggil Abang ke kakak? ??? #sajat #abgjatt #fyp #sajatlawak #sajatvideo ♬ เสียงต้นฉบับ - POCIKI | NINJA

Selain berlakon, Sajat juga menjadi penari untuk klip video karaoke bagi lagu ciptaan Sharifuddin Majid dan Wan Ahmad itu.

Menerusi ruangan komen, ramai yang bersetuju bahawa lelaki yang terlibat sebagai penari dan pelakon itu mirip wajah Sajat.

Dalam masa sama, ada juga yang mengesahkan lelaki terbabit adalah Sajat dan mendedahkan yang penyanyi lagu Bobo Di Mana bersama Datuk Seri Aliff Syukri itu merupakan bekas penari.

“Ye weh.. Dia dulu asalnya budak Swatari bawah Pak Ngah Production. Handsome orangnya,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, ada juga antara komen-komen yang memuji ketampanan individu berkenaan.

“Handsome pulak dia suatu ketika dulu.”

“Wei, tak senyum dan gelak dia tetap sebijik la smpi skg. Handsome dan manis lak dia kat sini.”