Laman Utama

[VIDEO] “Lepas Makan Bubur Jadi Tukar Watak Ke?” - Imej Rockstar Jadi Tumpuan, Netizen Nak Tahu Jep Pakai Seluar Legging ‘Kuda Belang’ Siapa

Asyikin Mayudin
20/10/2022
12:55 MYT
Penampilan pelawak iaitu Jep Sepahtu ketika datang ke konti radio Sinar FM dengan memakai jaket kulit bersama seluar legging bercorak seperti kuda belang menarik perhatian netizen di laman sosial.
Imej ‘rockstar’ yang digayakan Jep itu merupakan cabaran untuk dia melakukan catwalk sambil menyarungkan kostum berdasarkan karakter masing-masing.
Selain Jep, tiga rakan penyampai radio Sinar FM untuk segmen ‘Pagi Di Sinar’ iaitu Siti Elizad, Angah dan Rahim turut menggayakan kostum pilihan mereka dan penilaian dibuat oleh tetemu jemputan, Ramona Zamzam.
Sebagai satu-satunya ‘bunga’, Siti Elizad tampil menawan dengan mengenakan persalinan pengantin bertemakan songket manakala Angah menjadi anggota beruniform dan Rahim memakai kostum superhero, Thor.
Bagaimanapun apa yang menjadi perhatian rata-rata netizen di laman sosial adalah seluar ‘kuda belang’ yang dipakai oleh Jep.
Yakin dengan menggayakan penampilan itu, segelintir netizen tertanya-tanya di mana Jep mendapatkan seluar tersebut selain meneka ia mungkin milik isteri kepada pelawak itu iaitu Sari Yanti.
Malah mereka turut berseloroh kelucuan Jep semakin menjadi-jadi sejak penangan ‘disuap bubur’ baru-baru ini.
“Pinjam legging Sari ke tu…
“Jep pinjam seluar tidur Sari Yanti ke?
“Lepas makan bubur jadi tukar watak ke?” komen netizen.
Biarpun penampilan Jep mencuit hati netizen namun Rahim yang memenangi cabaran tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dina Nadzir Terkenang Memori Raya Terakhir Bersama Arwah Bapa - “Masa Tu Lama Betul Abah Peluk Saya…”

gempak
19/04/2024
02:55 MYT
Dina rindu arwah bapa.
Hiburan

‘Kami Care Drive Thru Bubur Lambuk’ Anjuran Astro Radio Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

gempak
03/04/2024
06:23 MYT
Tahniah Astro Radio!
Laman Utama

Terlalu Banyak Satelit Di Angkasa, Sinar Matahari Mungkin Terhalang Sampai Ke Bumi

gempak
24/10/2023
09:30 MYT
Cahaya matahari tersekat.
Laman Utama

Viral Kenangan Cikgu Anep Tengok Sepahtu Reunion Dengan Arwah Bapa, Jep & Rahim Tersentuh

gempak
07/09/2023
09:47 MYT
Semoga arwah ditempatkan bersama orang beriman.
Laman Utama

“Secara Peribadi Saya Nak Satukan Semula Tapi…” - Mamat Sepah Rindu Nak Duduk Semeja Dengan Jep & Shuib

gempak
13/07/2023
04:52 MYT
Semoga dapat disatukan semula.