TERKINI
[VIDEO] “Lepas Ni Semua Orang Nak Belajar…”- Netizen Auto Minat Silat Lepas Tengok Fattah Amin Buka Langkah
Penyandang watak Awang di dalam filem Mat Kilau, Fattah Amin berkongsi klip pendek melihatkan dia sedang mempamerkan aksi silat mencuri pandangan netizen.
Video berdurasi 30 saat itu dikongsikan sendiri oleh aktor tinggi lampai itu di akaun Tiktoknya semalam.
Dia turut memaklumkan dirinya dijemput ke sebuah panggung di Ibu Negara untuk mempromosikan filem Mat Kilau dan sempat mempamerkan seni silat di hadapan umum.
“Alhamdulillah, lain macam betul rasa hari tu dapat sama-sama dengan semua pesilat untuk menonton filem Mat Kilau.
“Terima kasih menjemput Awang dan sempat impromptu bunga silat dan tempur silat.
“Terima kasih juga buat semua yang hadir” tulisnya di kapsyen.
Dalam pada itu, ruangan balas telah dibanjiri dengan komen netizen yang terpegun dengan aksinya membuka langkah persilatan.
“Lepasni semua orang nak belajar silat, haha.
“Fattah memang terbaik.
“Rasanya lepas ni boleh ketengahkan lagi bakat Fattah dalam silat.
“Kalau watak sebegini yang awak pegang, insyallah selepas ini rezeki akan melimpah ruah lagi, kami dah bosan layan drama cinta, tapi kali ini tidak.
“Eh bila tengok saya terus terAwang-Awang.
“Tahniah Awang ! Memang kena dengan namanya,” antara komen berunsur gurauan netizen.
Untuk rekod, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan telah berada di arena tersendiri selepas berjaya mengutip 12juta dalam tempoh empat hari tayangannya.
@fattahamin Alhamdulillah lain macam betul rasa hari tu dapat sama-sama dengan semua pesilat menonton @filem_matkilau di TGV KLCC anjuran @kelabcikguhalimofficial ♬ Mentera Semerah Padi 04 - M. Nasir & Spider
Must-Watch Video