Viral
Video Lucah Tersebar Lagi, Ini Komen Zaquan Adha
Pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha enggan memberikan komen lanjut mengenai penyebaran video lucah miripnya baru-baru ini.
Jelas suami kepada pelakon Ayu Raudhah itu, tiada penjelasan lanjut daripada pihaknya dan perkara itu hanya perlu membabitkan keluarganya.
"Maaf... saya tidak perlu perjelaskan apa-apa. Cukup sekadar famili saya sahaja yang tahu apa yang terjadi," katanya memetik laporan mStar.
Video yang memaparkan aksi mengghairahkan seorang lelaki mirip Zaquan tersebar menerusi media sosial Twitter awal Ramadan lalu.
Sebelum ini, video lelaki mirip Zaquan yang hanya berseluar dalam pernah tersebar sekitar November tahun lalu.
Dalam kenyataan Ayu sebelum ini, video berkenaan merupakan kiriman peribadi antara dia dan suami.
"Itu adalah video peribadi saya dan suami. Video itu tersebar selepas saya menghantar telefon peribadi saya untuk dibaiki," kata Ayu.
Zaquan dan Ayu telah mendirikan rumah tangga pada Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.
Must-Watch Video