Biarpun masih dalam proses penyembuhan selepas menjalani pembedahan bibir dan membuang halkum minggu lalu, penyanyi dan pempengaruh Indonesia, Lucinta Luna sempat melaksanakan ibadah korban.

Berkongsi perkara terbabit di Instagram, Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah menyedekahkan seekor lembu kepada jiran tetangganya di Indonesia.

"Alhamdulillah, semua tetangga di kampungku senang kedatangan sapiku. Saatnya giliran kamu dikorban selepas mama (panggilan diri sendiri). Mama sayang kamu nak," tulis Lucinta berserta hantaran beberapa potong video.

A post shared by LUCINTA LUNA (@lucintaluna_manjalita)


Lebih melucukan, dalam hantaran sama, Lucinta menyertakan fotonya yang dalam keadaan kepala dan leher berbalut sedang terbaring di pinggir kaki lima seolah-olah turut 'terkorban'.

Sementara itu, aktiviti korban yang dilakukan Lucinta tahun ini mendapat pujian daripada pengikutnya di Instagram.

Malah, ada yang mendoakan kesejahteraan dan diberikan kesembuhan buat Lucinta yang kini mahu dikenali sebagai Ratu Sembilan Nyawa itu.

Terdahulu, Lucinta terpaksa dibantu oleh individu lain untuk mandi dan membersihkan diri.

"Sudah mandi dan rapi. Belum bisa berkicau," kongsinya dalam satu hantaran di Instagram pada Sabtu.

Dipercayai Lucinta melakukan pembedahan membuang halkum bagi menghilangkan suara garau lelaki di sebuah hospital di Busan, Korea Selatan.

Malah, menerusi pembedahan itu, Lucinta mahu menjadi seperti salah seorang artis Korea Selatan iaitu Wonyoung, manakala bibirnya bakal menjadi persis anggota kumpulan BlackPink, Jisoo.

Usai pembedahan baru-baru ini, Lucinta memberitahu mengalami sesak dada selepas pemotongan di bahagian lehernya.

"Sakit sangat, tak boleh bercakap selama dua minggu," katanya yang juga tidak boleh mengunyah makanan dan hanya minum menggunakan straw.

Justeru, ramai yang teruja dan tidak sabar menantikan hasil selepas pembedahan itu.