Meskipun mendapat kecaman hebat dari semua pihak namun usawahan berkontroversi Datuk Seri Aliff Syukri tetap tekad untuk terus melancarkan lagu dangdut bersama penyanyi Baby Shima pada hari ini.

Kata Aliff dia perlu menyerlahkan bakat nyanyiannya dan mendakwa ramai pihak cemburu dengan kebolehannya itu.

“Awak maafkan saya, suara saya terlalu sedap untuk disimpan.. Saya perlu serlahkan bakat saya awak demi peminat setia saya.

“Saya tahu ramai yang jeles dengan bakat saya,” katanya.

Aliff berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram (IG) miliknya lewat malam tadi.

Menerusi perkongsian itu dia memuat naik potongan video yang dipercayai sebahagian muzik video lagunya.

Dalam video berkenaan menunjukkan dia duduk di atas pelamin bersama Baby Shima dan juga terdapat penampilan wanita yang pernah tular sebelum ini iaitu yang dikenali sebagai ‘Akak 7e’.

Aliff bakal melancarkan lagu serta muzik video itu pada hari ini.

“Apa-apa pun... Segala kegelisahan rakyat malaysia mengenai lagu #babysayang akan terjawab esok(hari ini),” tulisnya lagi.

Semalam, Aliff didakwa kemaruk perhatian apabila memuat baik video menari dengan sebatang mop lantai berlatar belakangkan lagunya.

Terdahulu Aliff dan Baby Shima dikecam teruk selepas memuat naik video yang kurang senang apabila menunjukkan penyanyi wanita itu bergelek di sisi Aliff yang sedang menyanyi.

Malah Aliff turut menerima teguran dari pendakwah bebas PU Syed yang mendakwa aksi itu seolah-olah menderhaka kepada Allah.

Aliff kemudian memberitahu dia murung lalu memadam semua post di IG miliknya serta akui mahu berhenti bermain media sosial sehingga mendakwa mahu membunuh diri.

Namun Aliff kembali memuat naik hantaran pertamnya semalam menari dengan sebatang mop. Ia telah membuatkan ramai netizen mengecam kerana menunjukkan seolah-olah Aliff bersikap seperti “Cakap Tak Serupa Bikin”.

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)