Laman Utama

[VIDEO]: “Macam Mana Badan Tu Tak Mengembang!” - Ingat Marah Siapa, Rupanya Cef Wan Bebel Dekat Anak, Ramai Rasa Lucu

gempak
Mya Amri
16/08/2022
04:42 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO]: “Macam Mana Badan Tu Tak Mengembang!” - Ingat Marah Siapa, Rupanya Cef Wan Bebel Dekat Anak, Ramai Rasa Lucu
Selebriti Cef terkenal, Cef Wan mengundang tawa netizen kerana sikapnya yang suka berleter kepada anak-anaknya.
Walaupun bukan secara lisan, namun coretan Cef Wan di hantaran terbaharu akaun Instagramnya sudah mengundang rasa lucu pengikut (followers) yang membacanya.
Coretan itu disertakan dengan beberapa foto dan video pendek anak perempuannya, Serina yang hadir ke restorannya untuk menjamu selera.
Menurut Cef Wan, anaknya itu terlalu suka makan sehingga berat badannya naik.
“Dah cafe bapa kau punya, chef pula abanh sendiri, bolehlah kau nak minta pengedel tu meronta-ronta. Yang merontan tu nafsu nak lebih.
“Jika pelanggan lain haram, kita kasi tiga ketul sahaja. Wah wah bukan main kempen dia. Macam manalah melantak banyak-banyak tu.
“Macam manalah badan tu tak mengembang macam apam. Tegur aja ada jawabnya,” tulis Cef Wan.
Tambah Cef Wan lagi, sebagai seorang bapa dia agak bimbang dengan kesihatan anak-anaknya memandangkan sejarah dalam keluarga yang mempunyai penyakit kencing manis.
“Kita risaukan dia sebab arwah emak dia itu ada kencing manis, jantung dan macam lagi. Pun terlebih makan itu.
“Menantu pun sama naik. Sukalah si tembam ni. Sofa dan meja makan rumah baru dah beli ke belum ni. Duit sudah masyuk,” coretnya.
Dalam pada itu di ruangan komen, pada mulanya pengikutnya menyangka Cef Wan memarahi seseorang dan hantaran itu ditujukan kepada individu berkenaan.
Namun selepas melihat foto-foto yang dikongsi, barulah mereka menyedari Cef Wan sebenarnya berleter kepada anaknya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024