Video: Macam Ni Rupanya Rahsia Shiha Zikir Tukar Baju Atas Stage, Pusing-Pusing Poof! Jadi Merah - “Nervous Sangat”

Mya Amri
Mac 18, 2021 03:36 MYT
Tekai-teki mengenai cara pertukaran baju penyanyi Shiha Zikir terjawab apabila finalis Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) itu mendedahkan rahsianya.
Shiha menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya berkongsi video pendek mengenai cara-cara persalinan itu dilakukan.
“Inilah rahsia Shiha tukar baju waktu malam #AJL35 lepas. Kemain seronok sampai tak perasan tepuk tangan macam tu padahal baru lepas drip dan keadaan badan lemah sangat. haha…
“Terima kasih banyak-banyak tunaikan design macam mana yang Shiha nak untuk perform malam tu. Alhamdulillah berjalan lancar. Padahal sebelum tu nervous sangat takut tak menjadi,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi satu lagi hantaran, Shiha berkongsi babak itu dilakukan dari sudut pandangan penonton.
Pertukaran baju di atas pentas itu dibantu oleh guru tari dan koreografer popular, Alam Wakaka.
“Okay yang ni Shiha belanja pandangan kamera dari tempat penonton pula… Terima kasih @alamwakaka tolong Shiha atas pentas hehe,” tulisnya.
Shiha membuat persembahan di pentas AJL35 dengan lagu 7 Nasihat bersama Luca Sicta dan Kmy Kmo bagi menggantikan penyanyi asal, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
#Shiha Zikir #Anugerah Juara Lagu 35 #AJL35 #Rahsia Tukar Baju