Penyanyi Masya Masyitah sekali lagi mendapat perhatian serta kecaman netizen. Kali ini bukan kerana pakaiannya tetapi kerana aksinya yang memakan hidupan laut secara mentah dan masih hidup.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram Masya dengan selamba memakan sotong dan udang mentah malah ada yang masih hidup ketika disuap ke mulutnya.

Difahamkan Masya menikmati makanan hidupan laut itu ketika bersiar-siar di sebuah pasar malam, Bangkok, Thailand.

Bagaimanapun hantaran itu mendapat respon kurang senang daripada pengikut laman sosial berkenaan.


Kembang Tekak


"Kembang tekak, sotong tu bau hanyir dan makan mentah pula tu

"Yang lagi kembang tekak aku ni, peniaga yang pegang sotong tu basuh ke tak tangan. Lepas tu Masya terus makan

"Boleh kata pengotor juga, orang nak makan siap siang, cuci selawat dia pegi telan terus

Kejam Makan Hidup- Hidup


"Kejamnya makan hidup-hidup

"Kesian lah sotong, tergamak makan mesti pedih mata dia

"Makan secara hidup-hidup tidak beradab dan tiada ohsan pada binatang tersebut

Hukum Makan Binatang Mentah


"Makruh sebab hilang sifat ihsan terhadap haiwan

"Haram makan sebab menyeksa binatang

"Dakwat sotong tu haram dimakan walaupun sudah dimasak

Sejak akhir-akhir ini Masya sering mendapat kecaman daripada netizen terutama pakaiannya ketika melawat serta bercuti ke luar negara.

Pakaiannya didakwa berfesyen aneh dan tidak sesuai dengan imej seorang muslimah yang bertudung.

Bagaimana pun, Masya seperti tidak menghiraukannya malah terus memuat naik foto dengan imej yang telah mengundang kecaman.

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya)