Video Maki Menteri Viral, Asyraf Khalid Padam Tweet Nasihat Jaga Adab - "Not Okay To Normalise Maki Anyone"

Amri Hassan
Mei 27, 2021 10:50 MYT
Sepotong video yang tular memaparkan aksi seorang individu dipercayai sedang memarahi seorang menteri di Twitter sejak Rabu menarik perhatian ramai.
Ada antara netizen yang mengandaikan tindakan sedemikian (memarahi menteri) di tempat awam tidak salah dan begitu juga sebaliknya.
Hal itu menarik perhatian anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid yang tampil membalas ciapan terbabit.
"Saya tak fikir okey untuk menormalisasi maki sesiapa. Itu satu langkah ke belakang.
"Kita seharusnya punyai adab untuk berurusan dengan sesiapa sahaja, tak kisahlah orang kaya ke, menteri ke, orang susah ke, cleaner ke, kita patut melayan setiap orang dengan hormat," tulisnya.

T20+ nak bersuara lagi. pic.twitter.com/8S45mfg7hS

— ᴊᴏᴇ ʟᴇᴇ (@iamjoelee) May 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, ciapan itu telah dipadamkan Asyraf selepas timbul pelbagai reaksi lain susulan daripada tulisannya.
Jelas Asyraf, tindakannya memadamkan ciapan terbabit bagi mengelakkan perkara berlarutan dan menjadi lebih keruh.
"Baru memadamkan ciapan saya. Saya faham ramai orang kecewa dengan apa yang sedang berlaku sekarang, begitu juga saya. Saya tidak berniat untuk menimbulkan sebarang masalah.
"Rasanya ini bukan masa yang tepat untuk menjadi 'positif'. Terus tenang dan saya mendoakan agar Allah akan meringankan beban semua.
"Ya, saya faham. Ramai yang kecewa, dengan situasi COVID-19 dan ketidakkompeten kerajaan.
"Saya cuba menerangkan maksud adab, tetapi rasanya ini bukan waktu sesuai untuk bercakap tentang adab apabila orang sedang marahkan tentang banyak perkara," tulisnya.
#Viral #Siti Nurhaliza #Netizen #Twitter #Asyraf Khalid #Menteri