Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Malu Atap Rumah Bocor, Nabil Ahmad Nekad Nak Ubah Kehidupan; “Tiba-Tiba Gaji Dari RM600 Tukar Jadi RM50,000 Sebulan"

Gempak
12/09/2022 09:30 MYT
Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad berkongsi mengenai kehidupannya yang susah sebelum bergelar seorang selebriti.

Menurut Nabil, melihat keadaan rumahnya dan ibu bapa yang sudah berusia membuatkan dia mula memasang niat untuk pergi ke Tanah Suci, Makkah bagi mengubah kehidupannya.

“Pernah dahulu, bila hari raya bapa saya tutup pintu rumah. Sebab waktu itu hujan, atap bocor. Tengah makan kuih raya, dalam balang itu berair… saya jadi malu.

“Masa itu umur saya dah 22 tahun, tapi rumah bocor lagi, mak abah dah pencen. Sampai bila nak duduk dengan mak abah. Kawan-kawan ada yang dah kahwin, dah berkereta.

“Saya dah mula tanam niat. Saya cakap ‘Ya Allah aku nak ke Makkah, nak doa kepada Engkau Ya Allah’ setiap kali selepas solat,” kongsinya.

Sentiasa mengutamakan ibu bapanya, kehidupan Nabil juga berubah 360 darjah selepas memberi sedekah kepada seorang lelaki tua.

“Dulu gaji saya sebulan RM600, bayar motor, bagi mak RM100, tengah bulan saya ambil balik RM50. Punyalah tak ada duit masa itu. Tiba-tiba gaji dari RM600 tukar jadi RM50,000 sebulan.

“Masa itu, saya terperanjat betul. Satu yang tak pernah saya lupa, saya tak pernah tinggal mak bapa saya. Saya tak pernah berhenti bersedekah.

undefined
“Ada kejadian di masjid Taman Tun, masa itu dalam poket betul-betul ada RM2 untuk isi minyak balik rumah. Tapi keluar pam minyak ada pak cik tahan saya minta sedekah.

“Saya beri dia RM1 dan tinggal RM1 untuk isi minyak. Tiga bulan lepas itu, hidup saya berubah. Saya percaya pada doa, niat, dan sedekah,” katanya.

Lama memasang niat untuk menunaikan umrah, Nabil bagaimanapun menggunakan wang simpanannya dengan menghantar ibu bapanya dan mentua ke Tanah Suci dahulu.

“Saya memang dah pasang niat untuk buat umrah tapi tak kesampaian. Sampailah satu hari, lama sangat pasang niat, lepas kahwin ada duit memang nak pergi dah.

“Tapi ada satu malam, saya terfikir tak boleh pergi dulu sebab mak bapa saya dan mentua tak pergi lagi. Jadi saya dahulukan mereka. Saya minta mereka doakan supaya Allah jemput saya pula.

“Alhamdulillah, saya dapat jemputan daripada sahabat yang beri umrah 10 malam akhir Ramadan. Masa itu saya tak tahu nak cakap apa, Alhamdulillah dapat pergi,” ujarnya.

#Nabil Ahmad #Nabil #Kehidupan Nabil #Nabil Gaji
;