Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO]: “Mana Ada Edit” - Nora Danish Jawab Dakwaan, Siap Buktikan Pinggang Ramping Ori

Mya Amri
07/09/2022 04:45 MYT
Pelakon, Nora Danish menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya telah melakukan suntingan pada foto untuk menampakkan ilusi ramping pada bahagian pinggangnya.

Sebagai bukti, Nora juga turut memuat naik video pendek di akaun Instagram miliknya dan menjelaskan bahawa tuduhan itu tidak benar.

Jelas Nora, dia tidak membuat sebarang suntingan pada foto itu namun pinggangnya kelihatan lebih ramping disebabkan rekaan baju tersebut.

“Busana ini merampingkan pinggang sampai orang ingat saya edit. Sebenarnya tidak. Nampak ni?

“Ini video mana ada edit. Saya juga rasa disebabkan design baju ini, boleh merampingkan pinggang,” ujarnya.

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)

Tambah Nora lagi, badannya juga susut kerana mengamalkan pemakanan sihat dan juga senaman.

“Tetapi saya juga melakukan senaman okay. Saya pun dah hilang beberapa kg, saya jaga makan, buat yoga, cut sugar tapi tak sangat.

Yes, jadi ini adalah tidak edit, memang ramping je, tak ramping sangat tapi okaylah untuk beberapa tahun,” jelasnya.

Dalam pada itu, ruangan komen posting berkenaan juga dihujani dengan kata-kata semangat oleh pengikutnya.

Rata-rata mereka menyatakan rasa kagum kerana Nora berjaya mengurangkan berat badannya dengan salah satu cara iaitu tidak makan nasi.

Terdahulu, Nora merupakan antara artis Malaysia terkenal dengan wajah baby face dan menyerupai pelakon Korea yang juga anggota Running Man, Song Ji Hyo.

#Nora Danish #Netizen #Diet #Edit #No Rice #Ramping #Cut Sugar #Pinggang Ramping
;