Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

[VIDEO]: “Mana Ada Ludah Kena Orang!” - Noh Teruk Dikecam, Ada Yang 'Back Up' Siap Kongsi Bukti Situasi Sebenar

Mya Amri
03/10/2022 22:00 MYT

Nama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh kembali hangat apabila sebuah video tular merakamkan dirinya meludah dari atas pentas ketika membuat persembahan.

Susulan daripada kejadian itu, tular sepotong lagi video menjelaskan situasi sebenar yang berlaku pada ketika itu.

Menerusi video dikongsikan oleh @watashiwanaqq di aplikasi TikTok, rakaman itu menunjukkan tiada sesiapa yang menjadi mangsa ‘ludahan’ Noh.

Terdapat ruang kosong di kawasan tersebut dan tiada penonton yang berada di situ kecuali pekerja bertugas.

@watashiwanaqq setepek ludah amerika dia bagi??#hausboommusic #hujanband #nohsalleh ♬ original sound - arieftotle 光

Perkongsian itu ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terkejut melihat situasi sebenar. 

Terdahulu, tindakan Noh Salleh ketika membuat persembahan di sebuah konsert Hausboom Music 2022 dianggap keterlaluan.

BACA: [VIDEO] Noh Salleh Dikecam Lagi, Kali Ini Sebab Meludah Di Atas Pentas, - "Slipknot Perform Lagu Spit It Out Pun Tak Ludah Crowd Dia"

Selain didakwa meludah, Noh juga telah enunjukkan jari tengah dan perkara itu dilabelkan sebagai kurang manis memandangkan bekas suami kepada Mizz Nina ini sudah mempunyai gelaran haji.

#Konsert #Noh Salleh #Noh Hujan #Ludah #Back Up #Ludah Crowd #Meludah