VIRAL
Video Masak Kak Cik Yah Next Level! Netizen Terhibur, Macam Tengok Nenek Masak - “Paling Suka Dengar ‘Mola Mola’, So Cute!”
Selain pencipta kandungan Khairul Aming, akaun TikTok milik Kak Cik Yah yang berkongsi cara memasak turut menjadi perhatian wargamaya.
Video masakan
Mula aktif di laman TikTok sejak Julai 2023, namun video masakan Kak Cik Yah mula menjadi tular sejak Ramadan.
Malah, Kak Cik Yah kini sudah mempunyai lebih 125,000 dan video memasaknya paling tinggi mencecah lebih 2.4 juta tontonan.
ARTIKEL BERKAITAN: Warganet Kurang Senang Dr. Rafidah Minta Tukar Mee Segera Kepada Spagetti Atau Bihun - “Tak Semua Rakyat Malaysia Privilege Macam…”
ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Labur Lebih RM100,000 Untuk Strim Langsung, Hasil Kandungan Berkualiti
ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Double Up! Sedia Lebih Banyak Program Masakan Sepanjang Ramadan - “Hey What’s Up Guyssss”
Bukan sahaja berkongsi video masakan, Kak Cik Yah juga ada membuat video ulasan untuk kedai makan.
Rata-rata pengikutnya terhibur melihat cara dan gelagat Kak Cik Yah yang terkenal dengan ayat ‘mola-mola’ ketika hendak memasak.
“Paling suka dengar ‘mola-mola’. So cute! Rindu kat arwah nenek saya.
“Aku nak gelak baca komen tapi tak baik. Tapi nenek cute sangat tapi tenang tak melatah sup tumpah. Tapi tu la, berdekah gak aku.
“Inilah influencer yang kita perlukan… sokong peniaga kita,” komen beberapa netizen.
@kakcikyah4
Must-Watch Video