Laman Utama

[VIDEO] "Masih Cuba Sesuaikan Hidup Menyanyi Dengan 1 Setengah Paru-Paru"- Mafarikha Covid-19 Survival

gempak
Syafiqah Jalal
09/12/2022
01:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] "Masih Cuba Sesuaikan Hidup Menyanyi Dengan 1 Setengah Paru-Paru"- Mafarikha Covid-19 Survival
Penyanyi Mafarikha akui agak tertekan apabila masih dalam proses untuk pulih selepas terkena jangkitan Covid-19 kurang dua bulan lalu.
Malah, Mafarikha memberitahu dia masih cuba menyesuaikan diri untuk hidup dan meneruskan nyanyiannya dengan satu setengah paru-paru.
"Saya agak tertekan untuk berulang alik ke hospital, juga bila memikirkan segala yang berlaku kadangkala agak sukar bagi saya.
"Video ini dirakam pada hari selepas saya pulang dari 'first outing' saya selepas keluar hospital untuk kali kedua.
"Masih cuba menyesuaikan hidup dan menyanyi dengan 1 setengah paru-paru," katanya.
Mafarikha berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Berkongsi lanjut mengenai perkembangan kesihatannya yang masih berjuang untuk pulih dari Covid-19, Mafarikha memberitahu doktor masih lakukan pemeriksaan lanjut terhadapnya.
"Selepas saya dimasukkan ke wad selama 40 hari...kemudian tiga hari selepas itu, saya admitted untuk 3 hari lagi kerana tachycardia dan doktor mengesyaki saya mengalami pembekuan darah dalam paru-paru saya.
"Jadi pergi buat CTPA scan (pemeriksaan lanjut) dan doktor sahkan tiada pembekuan darah, jadi 'yeay'," ceritanya.
Terdahulu, Mafarikha yang pulang dari Istanbul, Turkiye dengan suaminya, Muhammad Zariq Noorulyusaa dimasukkan ke hospital Oktober lalu selepas mengalami cirit-birit dan muntah berpanjangan.
Doktor kemudian mengesahkan dia dijangkiti Covid-19 tahap lima selain nyaris ditidurkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live