Tular di TikTok sebuah video memperlihatkan pelakon Mawar Rashid yang secara tiba-tiba mengalami serangan panik ketika berucap di atas pentas.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @f8buzz, Mawar pada mulanya ingin bercakap mengenai produknya namun berdepan serangan panik sehingga mengalir air mata.

“Detik-detik awal Mawar Rashid diserang panic attack ketika berucap di atas pentas di majlis pelancaran produk terbaharu Mawarose.

“Semoga Mawar baik-baik saja. Insya-Allah Mawar kuat orangnya,” tulis di perkongsian tersebut.

Apa yang menarik perhatian netizen apabila melihat suami Mawar iaitu Raf Yakoob yang turut berada di pentas dalam keadaan cemas kerana bimbang dengan isterinya.

Rata-rata netizen turut mendoakan agar Mawar terus kuat selain ada segelintir mereka juga berkongsi pengalaman yang sama berdepan masalah itu.

“Serangan panik ini muncul tak kira kita kat mana. Jaga diri kak Mawar.

“Saya pernah, tengah nak bentang assignment group depan kelas tapi tiba-tiba gelabah dan suara ketar-ketar terus kemudian jadi blur.

“Tiba-tiba saja boleh rasa… dan selagi tak menangis, selagi itu rasa tak okay.

“Sis fokus husband dia nampak caring sangat mata duk tengok ulang-ulang wife dia, respect,” komen netizen.

Sebelum ini, Mawar pernah mendedahkan dia berdepan dengan masalah 'anxiety' dan serangan panik yang teruk sejak tahun lalu.

Mawar berkata, disebabkan perkara itu dia bercadang berjumpa pakar psikiatri untuk mengenal pasti masalah kesihatan yang dihadapi.

@f8buzz Detik-detik awal @mawarashid diserang panic attack ketika berucap di atas pentas di majlis pelancaran produk terbaru Mawarose tadi. Semoga Mawar baik-baik saja. In Sha Allah Mawar kuat orangnya. #mawarrashid #mawarose #rafyaakob #panicattack ♬ original sound - F8Buzz