Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Mekah Jadi Saksi Hubungan Rozyana Roslan & Sally Whoo Berbaik, Netizen Sebak Sampai Menangis

Shahrin Zulkifle
08/12/2022 16:00 MYT

Tanah suci Mekah menjadi saksi hubungan di antara pempengaruh media sosial popular iaitu Solly Whoo dan Rozyana Roslan kembali berbaik.

Pengguna platform TikTok pastinya mengikuti perkembangan dua influencers tersebut yang difahamkan hubungan mereka mulai renggang sejak beberapa bulan terdahulu.

Jika sebelum ini Sally dan Rozyana sering melakukan banyak hal bersama dengan rakan mereka yang juga pempengaruh popular seperti Nelysa Norazlan, Mia Azahar dan beberapa lagi, namun secara tiba tiba dilihat Rozyana mulai membawa diri.

Bagaimanapun, punca sebenar mereka berdua bertindak menjauhkan diri tidak diketahui.

Terbaharu, menerusi satu muat naik di TikTok milik usahawan Anas Zahrin, Sally dan Rozyana dilihat sudah kembali berbaik semula.

Pada perkongsian tersebut, Sally dan Rozyana dipertemukan sewaktu mereka sedang mengerjakan ibadah Umrah di Mekah.

“Terima kasih Ya Allah, akhirnya adikku berdua Rozyana dan Sally beretemu.

“Doa abang Anas dan yang lain untuk mereka berdua bertemu, Allah makbulkan on the spot di Tanah Suci Mekah. Syukur ya Allah,” tulisnya pada video tersebut.

undefined

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut sebak melihat momen indah pertemuan semula dua influencers tersebut.

Dalam masa sama, tidak kurang juga yang mendoakan agar hubungan mereka dan rakan-rakan lain akan kekal menjadi sahabat selamanya.

Sementara itu, beberapa video yang memperlihatkan pengikut mereka menangis saat menonton momen tersebut turut tular di platform tersebut.

undefined

Sehingga artikel ini ditulis, video milik Anas telah menerima tiga juga tontonan dan 420,000 tanda suka.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Mekah #TikTok #Rozyana Roslan #Sally Whoo
;