Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

[VIDEO] Melawak Fasal Isteri, Will Smith Tampar Muka Chris Rock Ketika Live Oscars

Amri Hassan
28/03/2022 03:12 MYT
Pelakon Hollywood, Will Smith bertindak agresif apabila naik ke pentas dan menampar muka pelawak Chris Rock secara spontan ketika siaran langsung Oscars 2022.

Momen spontan itu menyaksikan Rock tiba-tiba berseloroh tentang imej isteri Smith, Jada Pinkett yang tiada rambut.

"Jada, saya sayangkan kamu. Tak sabar tunggu G.I. Jane 2," kata Rock.

Will bagaimanapun tiba-tiba bangun dari tempat duduknya untuk ke pentas dan menampar muka Rock.

"Jangan babitkan nama isteri saya!" jerit Smith dari tempat duduknya.

Bagaimanapun, Rock yang menahan malu membalas kata-kata Smith; "Will Smith baru saja tampar saya. Itulah momen terbaik dalam sejarah televisyen."

Rock ketika itu berada di pentas untuk menyampaikan anugerah kepada Dokumentari Terbaik Oscars 2022.

Ini bukan kali pertama Rock membuat jenaka terhadap pasangan Hollywood. Ketika Oscars 2016, Rock mengajuk Jada Pinkett yang memboikot anugerah itu sementara dirinya berseloroh memboikot pakaian dalam Rihanna.

Smith memenangi trofi Pelakon Terbaik menerusi filem King Richard. Filem sama turut tercalon dalam kategori Filem Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Suntingan Terbaik dan Lagu Asal Terbaik.


#Hollywood #Will Smith #Oscars #Jada Pinkett Smith #Oscars 2022 #Chris Rock #G.I. Jane
;