[VIDEO] Menangis Digelar Perampas, DDNK Mohon Netizen Berhenti Kecam Isterinya; “Mudah-Mudahan Dia Boleh Survive Dengan Apa Yang Berlaku”
Asyikin Mayudin
14/09/2022 16:00 MYT
14/09/2022 16:00 MYT
Perkahwinan Pakar Pelaburan Saham Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr. Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, 47, dengan pelajar kolej swasta berusia 25 tahun iaitu Tuan Nor Ernie Rossmerie menjadi bualan hangat netizen di laman sosial.
Menerusi perkongsian video di Instagram penyanyi rap Caprice, Nazri Khan atau mesra disapa sebagai DDNK memohon netizen berhenti melemparkan kecaman terhadap isterinya.
Tetap berterima kasih atas komen positif dan negatif, DDNK bagaimanapun berharap isterinya dapat bertahan dengan apa yang telah berlaku.
“Assalamulaikum salam sayang kepada warga netizen Malaysia, saya ingin menucapkan terima kasih semua atsas komen positif dan negatif terhadap majlis perkahwinan saya.
“Saya tahu majlis perkahwinan saya telah menyebabkan satu kekecohan berlaku dalam alam maya. Saya ucap terima kasih, cuma saya mohon netizen beri sedikit ruang kepada isteri saya.
“Supaya dia tidak dikecam, dia masih berumur 25 tahun… seorang pelajar. Mudah-mudahan dia boleh survive dengan apa yang berlaku.
“Minta mudah-mudahan doakan perkahwinan kami Insya-Allah lebih bahagia dan tenang serta selamar dari tribulasi (ujian),” katanya.
Netizen mula menggelar Ernie sebagai perampas selepas tular pendedahan bekas isteri DDNK iaitu Atielia De Sams di laman sosial.
Menurut status tersebut, Atielia seperti mempersoalkan bagaimana perkahwinan tersebut dapat diteruskan sedangkan sijil cerai masih lagi belum dikeluarkan pihak mahkamah.
Sementara itu, menerusi Instastory Caprice lagi, Ernie meluahkan rasa sedih apabila dirinya digelar sebagai perampas.
“You tahu tak Caprice, diorang cakap I perampas, I tak boleh terima itu semua. Kenapa nak kena persoalkan itu semua… itu dah jodoh kan,” kata Ernie menghempaskan bantal.