Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Menjerit Sebelum Disuntik Vaksin, Ara Johari Takut Jarum Rupanya - "Tak Sakit Pun Rasa Macam Gigit Semut"

Zulaikha Yusof
22/06/2021 08:50 MYT
Penyanyi Ara Johari, 24, tidak dapat menyembunyikan perasaan takut terhadap jarum apabila menjerit sebelum menerima vaksin, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie berjaya mengatasi perasaan itu dan selesai mengambil suntikan pertama vaksin jenis AstraZeneca (AZ).

"Cerita sebenar seketul Ara Johari. Sejujurnya Ara takut jarum, sebab tu jadi macam ini.

"Sebenarnya dia cucuk (suntik) tak sakit pun rasa macam gigit semut saja. Tapi menjerit tu macam kena pukul.

"Nasib lah Ara orang terakhir di vaksin! Kalau tak, tak tahu orang seterusnya tu nak patah balik ke apa," tulisnya.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan di Instagram (IG), Ara dilihat beberapa kali mengelak dan menjerit ketika berada di stesen suntikan.

A post shared by Ara Johari (@arajohari)


Dalam pada itu, pelantun lagu Bunga ini mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) yang bersabar melayan kelakuannya.

Finalis Akademi Fantasia musim ke-13 itu juga mengingatkan kepada orang ramai untuk mendaftar dan mengambil suntikan vaksin.

"Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang ada dekat IDCC Shah Alam sebab baik dan sanggup nak layan kerenah Ara.

"Korang yang dah daftar dan dapat vaksin tu jangan tak datang tau. Sebab rugi kalau kita tak ambik. Yang tak daftar lagi pun korang kena daftar okey," tulisnya lagi.

#Ara Johari #Vaksin #COVID-19 #Astrazeneca #Takut Jarum
;