[VIDEO] Meriah Sambutan Anniversary Perkahwinan Kak KM! Kek 20 Tingkat, Gaun Putih Anak-Anak Jadi Sorotan
Asyikin Mayudin
26/12/2022 22:55 MYT
26/12/2022 22:55 MYT
Sempena ulang tahun perkahwinan yang ke 20 tahun, usahawan sensasi Liana Rosli atau mesra disapa sebagai Kak KM mengadakan sebuah majlis bersama suami dan anak-anaknya.
Pada majlis yang diadakan pada Ahad lalu itu, Kak KM dan tiga orang anaknya menggenakan gaun putih seperti pengantin manakala suami serta seorang anak lelakinya memakai suit serba putih.
Menarik lagi, Kak KM dan suami turut diraikan seperti majlis perkahwinan besar-besaran berserta kek ‘grand’ dengan hiasan bunga ros merah 20 tingkat.
Ruang komen di perkongsian itu turut dipenuhi dengan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan buat pasangan itu daripada netizen dan rakan selebriti.
“Cantiknya kek. Pengantin pun cantik… berbulan madu kat mana Kak KM? Mana tahu dapat rezeki baby boy pula... boleh Faris buat geng. Amin.
“Alhamdulillah syukur... tahniah kerana berjaya mempertahankan rumah tangga Kak KM walau berbagai ujian dilalui. Sesungguhnya kasih sayang itu adalah dari kejujuran dan keikhlasan setiap pasangan.
“You both are perfect for each other. May your love grow more for 1000 years more… Alhamdulillah,” ucapan beberapa netizen.
Bagaimanapun, video yang memperlihatkan anak-anak perempuan Kak KM memakai gaun putih yang agak seksi mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.
“Sis, saya minat sangat dengan sis. Suka tengok family sis tapi maaf saya nak tegur sikit. Aurat anak-anak perempuan sis tu dengan bapa kandung dan adik-beradik lelaki pun ada yang harus dijaga apalagi orang luar sis.
“Allahuakhbar, yang kecil pun dah diajar berpakaian macam tu. Semoga kita semua diberikan hidayah Allah.
“Suka tengok family Kak KM tapi aurat anak-anak tu Allahhuakbar... kita ni hidup dah hujung saja ni,” tegur beberapa netizen.