Video ‘Mic Drop’ Curi Tumpuan Netizen, ‘Pocket Rocketman’ Bakal Bergelar Penyanyi? - “Datuk Dah Tukar Career Ke…”
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menyorot perhatian netizen selepas berkongsi sebuah video di sosial medianya.
Menerusi satu hantaran di Instagram, atlet yang terkenal dengan gelaran Pocket Rocketman itu berkongsi sebuah video pendek yang memaparkan dirinya melakukan aksi ‘mic drop’ dengan latar belakang lagu Bangun nyanyian penyanyi rap, Aman Ra.
Aksi penuh gaya dan dramatik itu nyata mencetuskan pelbagai spekulasi, khususnya dalam kalangan peminat dan netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula membuat pelbagai andaian dan ramalan, termasuk kemungkinan besar Azizulhasni akan terjun ke bidang seni dan tampil sebagai penyanyi.
Antara komen yang ditinggalkan netizen:
“Mic drop ehh..dah tukar bidang eh Dato' sekarang😂
“Uishhh biasanya bawa bicycle, ni bawa mic pulaaa. Lain niiii
“Dato dah tukar career keee 😨
“Ehhhh tak tau pula you can sing?! 😱
“Becoming a singer?
“Azizul Flizzow ke ni?Mr President,” komen netizen.
Adakah Azizulhasni bakal bergelar penyanyi? Sama-sama kita nantikan.