Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Minat Lori Sampah, Netizen Sebak Kanak-Kanak Ini Hargai Pekerja Pembersihan - “Kerja Angkat Sampah Baik..”

Azwa Rahman
02/06/2022 04:39 MYT
Gara-gara anak terlalu minat dengan lori sampah, seorang ibu menerima pujian wargamaya apabila mendedahkan anak-anaknya dengan pekerja pembersihan atau lebih mesra dipanggil sebagai tukang angkut sampah.

Menerusi platform TikTok, seorang ibu yang dikenali sebagai Eyja Rahim memuat naik video anak-anaknya menegur seorang tukang angkut sampah ketika individu tersebut sedang menjalankan kerjanya.

Menurut Eyja, anaknya menggelarkan kerja mengangkut sampah sebagai baik kerana meraka melakukannya dengan penuh komited dan kasih sayang.

“Bila anak terlalu minat dengan lori sampah. Setiap kali bunyi lori sampah, dia ajak jumpa abang ni. Dia kata besar nanti nak kerja kutip sampah macam abang ni.

“Akhirnya dia dapat jumpa abang ni. Dia nak berterima kasih dengan abang ni dan hari ni dia terlalu gembira sebab abang ni sporting sangat. Terima kasih ‘abang lori sampah’ melayan karenah anak-anak kami,” tulisnya di dalam hantaran video yang dimuat naik.

Menerusi perkongsian berdurasi kurang satu minit itu, dua kanak-kanak terbabit ditemani bapanya pergi menghampiri pekerja pembersihan tersebut untuk tujuan bergambar.

undefined
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya terharu melihat usaha kanak-kanak terbabit dalam menghargai jasa dan mengagumi pekerjaan pegangkut sampah.

Tidak kurang juga ramai yang memuji hasil didikan ibu bapa kanak-kanak tersebut yang memupuk minat dan tidak merendah-rendahkan pekerjaan mereka yang mencari rezeki halal.

“@Syakinah.Shahriza:Tak tahu kenapa saya rasa sebak… semoga anak-anak akak membesar menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat.”

“@ieQa: Sebab dia hargai org yang jaga kebersihan.”

“@momakido:Grow minat dia sis manatau one day jadi pakar untuk waste management/sanitary landfill.”

“@ica:Mesti abang tu rasa dihargai sangat. Tak pernah orang hargai mereka sebegini, buat tak endah sahaja. Ya Allah terharunya.”

“@Ai Wahida:Masyallah, hasil didikan yang baik daripada ibu bapa. Doakan kami suami isteri dikurniakan anak-anak soleh solehah yaa aamiin.”

“@r-eum:Terima kasih sebab ajar anak-anak tidak merendahkan pekerjaan mulia ni. Semoga anak-anak dan parents diberkati. Abang driver lori pun semoga dimurahkan rezeki.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 1.5 juta tontonan daripada warga TikTok.
#Video Viral #Video TikTok #Lori sampah
;