Selepas pertanyaan Syaikhul Islam tentang status bapanya iaitu pengarah Syamsul Yusof, kini video terbaharu anak pelakon, Puteri Sarah Liyana ini pula menjadi perhatian netizen.

Difahamkan video yang dikongsi Puteri Sarah merakamkan ragam kedua-dua anaknya iaitu Syaikhul dan Sumayyah sedang menjalani sesi fotografi untuk mempromosikan busana raya.

Apa yang menarik perhatian netizan tentang rakaman di sebalik tabir itu adalah wajah Sumayyah dikatakan kelihatan sedih.

Kata netizen lagi, mata Sumayyah kelihatan berkaca dan seolah-olah menyimpan seribu satu persoalan yang dipendam oleh kanak-kanak itu.

Lebih menyentuh hati netizen lagi apabila Syaikhul berjalan berpegangan tangan dengan adiknya sebelum memeluk Sumayyah.

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

Antara komen yang diberikan:

“Tengok Syaikhul dengan Sumayyah boleh nampak muka dia tertanya mana ayah dorang? Kenapa ambil gambar bertiga je tak ada ayah? Kesian kecil-kecil lagi dah kena rasa benda yang tidak sepatutnya mereka rasa, satu hari banti dorang akan faham apa yang terjadi,”

“Kesian Sumayyah, dari lahir tak rasa belaian seorang ayah. Waktu macam ni lah dorang perlukan perhatian dari mak ayah,”

“Muka Sumayyah nampak sedih… Kesiannya tengok…”

“Sedihnya tengok anak-anak ni. Paling sebak tengok muka Sumayyah, entah apa yang difikirkannya,”

BACA: “Mama Betul Ke Ayah Kahwin Lain?, Kenapa Ayah Ada Orang Lain?” - Puteri Sarah Terkedu Soalan Anak

BACA: “Jika Syaikhul & Sumayyah Boleh Beri Keterangan, Dia Akan Kata Ayah Banyak Kali Keluar Tinggalkan Mama” - Puteri Sarah

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan perceraian dengan suami pada Isnin lalu dengan tarikh sebutan kes permohonan cerai bakal berlangsung pada 7 Mac depan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga 'trending' dalam media sosial.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.