Pelakon Rebecca Nur Al Islam teruja pertama kali menyambut sendiri kelahiran anak kucingnya.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Rebecca atau lebih mesra dengan panggilan mummy Becca ini juga turut melakukan proses memotong tali pusat kucingnya yang baru lepas beranak.

“Pagi-pagi mummy dapat anak baru, yeay. Alhamdulillah. Pengalaman pertama sambut anak bulus.

“Kali ini mummy tolomg tarikkan anaknya dan potongkan sekali tali pusat. Sayang semua anak bulus saya sangat-sangat,” tulisnya.

A post shared by ❤️AllahSwt❤️BBA student ??‍? (@rebeccanuralislamahmad)

Selain itu, Rebecca juga dengan gembira memaklumkan kini dia mempunyai sebanyak 36 ekor kucing.

“Saya suka semua haiwan kecuali lipas, cicak dan tikis besar. Saya ada 36 ekor anak bulus, saya gembira,” coretnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen juga pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Rebecca kerana menerima kehadiran ‘cucu’ baharu.