Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] Muncul Dalam Muzik Video, Lakonan Penuh ‘Emosi’ Puteri Balqis Dipuji Netizen, Sampai Ada Yang Menangis!

Shahrin Zulkifle
29/09/2022 03:00 MYT
“Pandai menjiwai lagu itu”

Demikian antara komen pujian yang ditinggalkan wargamaya kepada pelakon remaja, Puteri Balqis yang tampil dalam muzik video terbaharu penyanyi Yamani Abdullah.

Menerusi perkongsian Rusa Music di Tiktok, dilihat Balqis telah terlibat dalam pengambaran muzik video lagu berjudul Balasan Janji yang akan ditayangkan pada 28 September ini.

undefined
Selain keterujaan peminat menantikan buah tangan Yamani diluncurkan, tumpuan wargamaya turut diberikan kepada lakonan penuh ‘emosi’ dan jiwa yang diberikan Balqis.

Rata-rata wargamaya memuji lakonan aktres muda itu yang dilihat cukup terkesan. Malah ada juga dalam kalangan wargamaya sehingga menitiskan air mata saat melihat perkongsian video tersebut.

@MijotArmiza: “Takt ahu kenapa rasa sebak bila tengok ni”.

@Ilawanesyaimani: “Balqis memang pandai menjiwai”.

@Tinieahmad806: “Keputusan yang tepat, bakat lakonan Balqis sangat besar, sampai boleh buat orang menangis,” antara komen wargamaya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Puteri Balqis #Muzik Video #Yamani Abdullah