Bermula sebagai penonton dua tahun lalu, kini pelakon Nabila Huda berjaya merealisasikan impiannya untuk memegang watak hantu di Night Of Fright, Sunway Lagoon.

Mahu mencuba pengalaman membuat persembahan secara langsung, Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil sanggup menawarkan diri sendiri untuk menjadi sebahagian pelakon hantu.

“Saya bangga menjadi sebahagian daripada ini dan happy gila dapat penuhi impian saya! Dua tahun lalu saya berada di sana sebagai penonton dan masa itu la saya rasa seronok tengok mereka yang bersungguh-sungguh dan ramai antara mereka muda dan berbakat.

“Abil dah ada pengalaman depan kamera, atas pentas teater, tapi untuk live performance macam ni, belum pernah. Jadi kite pun tanamkan la hasrat, satu hari nanti kite nak cuba la.

“Lepas tu bulan lepas, Abil nampak dorang tweet cakap nak buat uji bakat, she pun dengan tak tahu malunya, reply tweet tu. Kemudian dari situ, saya terus tawarkan diri sendiri untuk kerja,” kongsi Nabila.

Nabila turut berkongsi paparan skrin status Tweet bersama pihak Sunway Lagoon menerusi video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Seronok dapat menimba ilmu baharu dan pengalaman, Nabila mengajak semua peminatnya datang menonton lakonannya sebagai hantu pada malam ini.

“Dalam masa yang sama, Abil nak pengalaman, nak kerja macam orang biasa, nak tengok cara dorang berlatih dan semualah. At the same time, saya pun dapat ilmu baru.

@abilsuhaimi I’m honoured to be part of this and happy gila dapat fulfill my wish!! i was there 2 years ago sebagai penonton dan masa tu lah i rasa seronok tengok mereka yang bersungguh2 and most of them are young and talented. Abil dah ada experience depan camera,atas pentas teater, tapi untuk live performance macam ni, belum pernah..So kite pun tanamkan lah hasrat, satu hari nanti kite nak cuba lah.. Lepas tu last month,abil nampak dorang tweet cakap nak buat audition,she pun dengan taktau malu nya,reply tweet tu..then dari situ,i terus volunteer myself untuk kerja dan dalam masa yang sama,abil just nak experience, nak kerja macam orang biasa, nak tengok cara dorang training,dan semua lah. At the same time,i pun dapat ilmu baru..Dorang tak offer abil,tapi abil yang offer diri sendiri. Boleh eh gitu? When it comes to nabila huda, nothing impossible! Haha! Memandangkan i hantu yang berkerjaya, i cuma ada kat theater 99doors untuk opening night esok,jumaat 30th September..Datang lah ok! Tapi guys,nak warning sikit,kite tengah kerja kt rumah hantu tau..Korang jangan la sorak2 pekik2 bertepuk tangan bagai nak rak..Rasa macam pergi amik award hawau HAHA! #Fyp ♬ Horror Sound Music - Mauro Rawn

“Dorang tak offer Abil, tapi Abil yang offer diri sendiri. Boleh eh gitu? When it comes to Nabila Huda, nothing impossible! Haha!

“Memandangkan I hantu yang berkerjaya, I cuma ada kat theater 99doors untuk opening night , jumaat 30 September. Datanglah ok!

“Tapi guys, nak warning sikit, kite tengah kerja kat rumah hantu tau. Korang jangan la sorak-sorak, pekik-pekik, bertepuk tangan bagai nak rak. Rasa macam pergi ambil award hawau haha,” katanya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!