[VIDEO] Naim Daniel, Raihan Nyanyi Balik Ya Rasulallah - "Ia 'Surat Cinta' Kami Kepada Nabi Muhammad SAW"
Amri Hassan
30/09/2022 04:55 MYT
30/09/2022 04:55 MYT
Penyanyi Naim Daniel terpanggil untuk menyanyikan semula lagu penuh kerohanian fenomena suatu ketika dahulu oleh kumpulan nasyid Raihan menerusi lagu ‘YA RASULALLAH 1444’.
Kata Naim, lagu terbabit dirancang untuk dilancarkan pada Ramadan tahun ini namun terpaksa ditangguhkan atas hal tidak dapat dielakkan.
"Perancangan awal untuk pelancaran lagu ini sebenarnya pada bulan puasa tempoh hari, namun Allah Maha Mengetahui dan kini baharulah kami berkesempatan untuk meriliskannya.
"Alhamdulillah, segala puji hanya pada Allah kerana dengan izin kurnia-Nya akhirnya kumpulan nasyid yang sangat saya minati sejak dari kecil iaitu Raihan dan saya berpeluang bergabung melalui sebuah lagu yang penuh bermakna tentang rasa kecintaan kita pada Rasulullah SAW.
"Idea di sebalik kolaborasi ini datangnya dari abang-abang Raihan sendiri yang mempelawa saya untuk berkolabrasi dengan mereka dan siapa tidak mahu untuk turut serta dalam projek istmewa ini bersama mereka, lebih-lebih lagi Raihan merupakan pelopor genre nasyid moden negara kita, bahkan di peringkat global juga," jelasnya.
Lagu ciptaan komposer Abu Bakar Md. Yatim itu diterbitkan oleh Warner Music Malaysia.
Lagu ‘Ya Rasulallah’ yang asal mula dilancarkan sekitar 23 tahun lalu pada 1999 merupakan di antara lagu paling hit pernah dihasilkan oleh Raihan dan mendapat sambutan bukan sahaja di rantau Asia Tenggara bahkan di Eropah seperti United Kingdom.
Jelas salah seorang anggota Raihan, Che Am berkata, mereka sepakat memilih Naim kerana pernah melihatnya menyanyikan lagu ini dan senang mendengar versi yang dibawakannya.
"Jadi kami menyatakan hasrat pada pihak Warner untuk mengajak Naim untuk turut serta dalam projek ini maka terlahirlah YA RASULALLAH 1444 dengan susunan muzik yang baharu dan lebih segar.
"Akan tetapi, tidak banyak perubahan yang dilakukan pada melodinya hanya kedengaran lebih ‘besar’ pada skala yang berkadar," ujarnya.

'Surat cinta' buat Rasulullah
Tambah Naim, lagu itu merupakan 'surat cinta' buat Nabi Muhammad SAW.
"Sebagaimana yang diketahui umum, lagu ini menceritakan tentang kerinduan yang mendalam buat junjungan kita, Nabi Muhammad SAW tentang keperibadiannya.
"Bagi saya lagu ini merupakan ‘surat cinta’ buat seseorang yang sangat kita sayangi dan rindui, rasa cinta, rasa kasih serta mengenang perjuangan Rasulullah SAW dalam memartabatkan Islam tidak dapat digambarkan hanya dengan kata-kata.
"Abang Burn (komposer) mencipta lagu ini bukan untuk meraih populariti tetapi dengan niat yang ikhlas untuk menzahirkan rasa sayang terhadap Baginda.
"Keperibadiannya yang wajar dijadikan contoh menjadi panduan buat kita seluruh umat Islam dalam menjejaki langkahnya.
"Tujuan single ini dihasilkan semula untuk sentiasa mengingati Rasulullah SAW tidak kira apa jua keadaan dan sentiasa berselawat kepadanya," tambahnya.
Selain single, sebuah video muzik (MV) turut dihasilkan dengan memaparkan jalan cerita yang ‘straightforward’ hanya melalui ekspresi nyanyian mengagungkan sifat-sifat Rasulullah SAW.
Lagu ‘YA RASULALLAH 1444’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran perdana YouTube Warner Music Malaysia.