Pelakon, Mawar Rashid mendedahkan terpaksa menukar nama anak ketiganya, Raden Seri Riyanna Sayang kepada Raden Seri Roseanna Camilya.

Perkara itu dimaklumkan Mawar menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Menurut Mawar dia mmebuat keputusan tersebut kerana mahukan kesemua anak perempuannya mempunyai nama Rose.

“Raden Seri Roseanna Camilya. Ya, tukar nama sebab nak anak-anak perempuan semua ada ‘rose’. Doakan baby Lya jadi anak solehah ya semua. Amin,” tulisnya.

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Dalam hantaran tersebut juga, Mawar turut mendedahkan wajah comel anak ketiganya.

Sementara itu di ruangan komen, rakan selebriti juga tidak ketinggalan menitipkan doa buat Raden Seri Roseanna Camilya agar membesar dengan baik dan menjadi anak solehah.

Terdahulu, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf Yaakob pada November 2017.

Pasangan ini turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Rafael, 4, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia dua tahun.

Selain itu, Mawa Rashid juga memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil perkahwinan Raf terdahulu.