Laman Utama

[VIDEO] "Nak Ganti Jubin Berkualiti" - Shuib Pecahkan Lantai Rumah Banglo Tiga Tingkat, Netizen Sempat Gurau Mahu Taja Tikar Getah

Shahrin Zulkifle
27/09/2022
09:00 MYT
Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib, berkongsi keadaan terkini kediaman miliknya yang terletak di Puchong, Selangor yang sedang diubah suai.
Menerusi hantaran terkini di Instagram, Shuib memaklumkan lantai rumahnya telah dipecahkan untuk digantikan dengan lantai yang baharu.
Malah, pada video berkenaan, ayah kepada empat cahaya mata itu sempat berseloroh mengatakan dia terbuka jika ada yang ingin menaja jubin baharu bagi lantai rumahnya itu.
“Lantai hilang? bukan hilang tapi saya pecahkan, saya nak gantikan dengan mosaic (jubin) yang bercorak sikit.
“Nak letakkan yang lawa-lawa, alang-alang dah pecah nak letak yang berkualiti. Tapi kalau ada yang nak sponsor lagi baik,” kongsinya.
Sementara itu, di ruangan balas, seorang wargamaya sempat bergurau dengan mengatakan dia hanya mampu menaja tikar getah sahaja kepada Shuib.
“Kalau tikar getah boleh la sponsor Shuib hahaha,” tulis seorang wargamaya.
Malah, beberapa pengguna lain turut dilihat terhibur dengan komen tersebut.
Selain komen gurauan yang ditinggalkan, beberapa wargamaya lain turut memberikan pelbagai cadangan kepada Shuib bagi melakukan dekorasi untuk rumah tiga tingkatnya itu.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Viral

Pelajar Ini Cipta Lagu Rap Untuk Mudah Hafal Subjek Sejarah, Netizen Approved - “Kenapalah Adik Ni Tak Muncul Masa Kami SPM Dulu”

gempak
05/07/2024
06:55 MYT
Seorang pelajar lelaki menjadi tular selepas berkongsi cara kreatif untuk menghafal subjek Sejarah.
Gaya Hidup

Miss Universe Malaysia 2024 Tidak Dibuka Kepada Peserta Beragama Islam

gempak
05/07/2024
01:55 MYT
Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) mengambil pendekatan diplomatik untuk tidak membuka penyertaan kepada peserta beragama Islam.
Hiburan

"Ada Lelaki Tawarkan RM10,000, Dia Ajak Saya ..." - Andyoso

gempak
04/07/2024
21:55 MYT
Penyanyi muda Andyoso mendedahkan pernah menerima tawaran daripada seorang lelaki yang mahu membayar sejumlah wang RM10,000 untuk keluar bersama.
Viral

Bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono Buat Persembahan Di Pestapora 2024

gempak
04/07/2024
15:57 MYT
Festival muzik Pestapora akan kembali dengan edisi untuk tahun 2024.