Skip to main content

Viral

[VIDEO] “Nak Jadi Pelakon Kena Standby…”-Datuk Aaron Beri Pesanan Selepas Gigi Patah Di Set Penggambaran

aaron_5.jpg

Datuk Aaron Aziz terpaksa menemui doktor pakar apabila gigi  hadapan pada bahagian atas patah dan sedikit rongak selepas melakukan babak aksi di lokasi penggambaran. 

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Datuk  Aaron atau nama aslinya Datuk Aaron Mustapha Aziz, 46 di akaun Instagram miliknya semalam. 

Advertisement

Aaron menjelaskan tiada pihak yang perlu dipersalahkan kerana sebagai seorang pelakon perlu menyiapkan diri dengan segala kemungkinan. 

“Nak jadi pelakon tak? Kalau nak jadi pelakon kena standby.  

“Kata nak jadi stunt action actor, jadi sekali sekala kena patah la gigi. 

“Stuntman tak sengaja, so tiada siapa nak dipersalahkan. 

“Saja nak kongsi pada anda muka buruk saya, tapi yang penting masih stylo,” katanya. 

Menerusi satu entri terbarunya, Aaron memuatnaik video memaparkan keadaan giginya sudah kembali rapi semula selepas mendapatkan rawatan oleh doktor pakar gigi dikenali sebagai Dr ShaSha serta memuji perkhidmatan klinik tersebut.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Must-Watch Video