[VIDEO] Netizen Buat Andaian Sendiri Isu Keturunan Nabi Muhammad Ke-38, Iddin Ramli Beri Nasihat; “Lebih Baik Diam Daripada…”
Shahrin Zulkifle
11/10/2022 07:55 MYT
11/10/2022 07:55 MYT
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang individu yang mendakwa dirinya merupakan keturunan ke-38 Nabi Muhammad S.A.W yang hadir ke Malaysia bagi menyampaikan ceramah bersempena sambutan Maulidur Rasul.
Berita tersebut terus menjadi bualan ramai sehingga menarik perhatian seorang motivator yang juga pempengaruh media sosial, Iddin Ramli untuk memberikan pandangannya.
Jelas Iddin, dia menasihatkan netizen sebaiknya berdiam diri daripada menyatakan sesuatu berita yang belum pasti kesahihannya.
“Dua tiga hari ini ramai becerita mengenai beliau, ada yang kata beliau merupakan cicit kepada Nabi dan ada yang kata itu satu penipuan.
“Kata Nabi, kalau tiada benda baik untuk dikatakan lebih baik diam, simple sahaja.
“Kalau kita ada bukti dia adalah penipu, rakyat Malaysia harus tentang habis-habisan, tapi kalau tiada bukti lebih baik diam diri.
“Majlis agama atau Mufti tiada mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bahawa dia adalah penipu. Jadi yang kita jangan melebih-lebih sebab kita sendiri tak tahu,” kongsinya menerusi hantaran terbaharu di TikTok.
undefined
Tambah Iddin, dia akui keturunan sebenar baginda Nabi Muhammad masih wujud hingga ke hari ini.
“Memang benar, keturunan Nabi Muhammad wujud sampai ke hari ini. Bila berjumpa dengan Ahlul Bait (orang yang tinggi imannya) kita perlu hormat dan muliakannya, kerana dia adalah keturunan Nabi.
“Saya sendiri tidak tahu kebenaran yang sebenar mengenai kes ini, jadi saya bertindak untuk diam dan tidak menuduh, tak marah cuma nasihat,” tambahnya.
Bagaimanapun, difahamkan program yang melibatkan individu itu gagal mendapat kelulusan beberapa jabatan agama sehingga menyebabkan program tersebut terpaksa dibatalkan.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima lebih 900ribu tontonan dan 190ribu tanda suka.