Penampilan pelakon Wan Sharmila yang berjubah hitam dan memakai niqab ketika menghadiri majlis ilmu baru-baru ini mendapat pujian daripada netizen.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Wan Sharmila atau mesra disapa sebagai Lala melahirkan rasa syukur kerana dijemput untuk menghadiri majlis seperti itu.

“Saya tak ada ramai kawan. Tapi DIA Maha Baik datangkan orang-orang yang sudi jemput saya ke majlis ilmu tanpa mengukur pangkat, darjat sekaligus saya jadi ada ramai kawan bila didalam majlis ilmu.

“Sudi bertegur sapa, senyum, mendoakan walau baru berjumpa. Alhamdulillah,” kongsi Wan Sharmila.

Boleh katakan ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan kata-kata pujian netizen yang mengatakan imej aktres itu terlihat manis dan sejuk mata memandang.

“Ramai-ramai artis, suka tengok Lala ni. Dia punya vibe lain. Entahlah, tapi adore sangat. Moga dalam lindungan Allah selalu sis Lala.

“Semoga Allah SWT bukakan hati saya untuk jadi lebih baik... aamiin. Suka dengan penampilan Wan Sharmila, moga terus kekal begini.

“Kita yang pompuan pun tengok macam ini boleh cair… jatuh sayang kat Wan Sharmila. Sejuk saja hati tengok dia,” komen beberapa netizen.

Bagaimanapun ada juga terselit komen netizen yang ‘tag’ nama pelawak Shuib Sepahtu dengan mengatakan aktres itu layak untuk dijadikan bakal isteri.

“@Shuib Sepahtu, wanita yang solehah seperti ini layak dijadikan bakal isteri.” komen individu tersebut.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

@wansharmilalala Saya tak ada ramai kawan. Tapi DIA Maha Baik datangkan orang-orang yang sudi jemput saya ke majlis ilmu tanpa mengukur pangkat, darjat sekaligus saya jadi ada ramai kawan bila didalam majlis ilmu. Sudi bertegur sapa, senyum, mendoakan walau baru berjumpa. Alhamdulillah.♥️ Outfit : @Sharkha ♬ Muhasabah Cinta - Anisa Rahman