Laman Utama

[VIDEO] Netizen Hanya Tahu Lagu Hit ‘Seribu Tahun’, Imran Ajmain Katanya Sentap?

Asyikin Mayudin
10/10/2022
22:55 MYT
Gara-gara meminta seorang netizen mendengar karya-karya nyanyianya yang lain, penyanyi Imran Ajmain dikatakan ‘sentap’ dengan pertanyaan individu itu yang hanya mengetahui lagu Seribu Tahun.
Imran berkata dia bukanlah seorang yang bercakap kasar dan jawapan yang diberikan itu juga tidak bermaksud menyindir seperti yang didakwa individu tersebut.
“Saya faham dan akur status sebagai seorang penyanyi itu bukanlah sesuatu yang luar biasa, saya tak pernah viral, tak pernah menang pertandingan.
“Dalam dunia serba serbi canggih, dia tak buat kajian lagu-lagu saya yang lain. Yang dia kekal gemar ialah Seribu Tahun. Kalau nak kata saya sentap itu, tidak la dan perkataan itu agak kasar.
“Bila tanya, saya akan jawab dan share ‘boleh la dengar lagu-lagu saya yang lain’. Tetapi bila saya dapat provokasi daripada individu itu, saya rasa tidak adil.
“Sebab saya seorang yang sopan dan saya dididik sebegitu. Saya menjaga tutur cara percakapan saya. Tak pernah saya guna ayat menyindir seperti yang didakwa,” katanya kepada Gempak.
Sebelum ini, seorang netizen mendedahkan dia pernah bertanya kepada Imran mengenai lagu baru selain Seribu Tahun dan mengatakan penyanyi itu mudah ‘trigger’ bila orang hanya tertumpu pada single popularnya itu sahaja.
Bagaimanapun individu itu menganggap Imran mula ‘sentap’ apabila penyanyi itu memintanya untuk buat kajian tentang lagu-lagu lain.
Sementara itu, Imran berkata dia sentiasa percaya rezeki seseorang penyanyi itu bukan sekadar bergantung kepada viral atau anugerah.
“Kita hanya perlu segenggam peminat untuk kelangsungan karier seni selain show. Bagi saya, jika tak popular atau tak viral, tak bermaksud individu itu suam-suam kuku atau tak berjaya.
“Ada saja penyanyi yang bertahun-tahun aktif, namun kejayaan dia tak terlihat orang ramai. Ada juga penyanyi yang show banyak sangat dan laman sosial padat dengan aktiviti tapi tidak dikenali ramai.
“Saya selalu ingat pesanan Atilia Haron ‘kita tak dapat award tak apa, asalkan bil kita dibayar’. Sampai hari ini saya masih pegang pesananya,” ujarnya.
@omgitsimranajmain Pernah dengar lagu - DIKALUNG KASIHAN? Full story on my IG — click link in bio #dikalungkasihan ♬ Di Kalung Kasihan - Imran Ajmain
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Buka Gerai Makan Di Tengah Kubur, Netizen Seram: “Tengah Malam Mesti ‘Ramai’”

gempak
25/07/2024
09:55 MYT
Sepotong video memaparkan sebuah gerai ‘jajanan’ dibuka di tengah-tengah tanah perkuburan di Pati, wilayah Jawa Tengah, Indonesia berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Viral

Tak Sampai 15 Saat, Kos Hukuman Gantung Di Malaysia Mahal - “Macam Tak Berbaloi…”

gempak
24/07/2024
12:55 MYT
Seorang pengguna di aplikasi X berkongsi kos hukuman gantung pesalah di Malaysia yang didakwa mencecah RM1,975 seorang.
Hiburan

Didakwa Menggeletis Selepas Badan Kurus, Netizen Backup Abby Abadi - “Nama Pun Berlakon..”

gempak
24/07/2024
11:55 MYT
Selepas tampil dengan penampilan yang semakin langsing, setiap hantaran yang dimuatnaik pelakon Abby Abadi pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

Perkongsian IG Dihujani Tahniah, Nina Ismail Sabri Bakal Dirikan Rumah Tangga?

gempak
23/07/2024
01:39 MYT
Perkongsian di Instagram bekas isteri kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri sekali lagi mendapat tumpuan ramai selepas dirinya memuat naik gambar bersama keluarga dan seorang jejaka yang hanya dikenali sebagai Hafiz.