Video memperlihatkan perubahan bentuk badan penyanyi Syamel yang sangat ketara di TikTok miliknya menarik perhatian netizen.

Menerusi perkongsian tersebut, suami kepada penyanyi Ernie Zakri itu meletakkan beberapa foto lamanya yang ketika itu berbadan besar.

Selain dari foto lama, Syamel turut berkongsi gambar penampilan terkininya yang kelihatan lebih segak dan kurus.

Rata-rata netizen di ruang perkongsian itu memuji dan kagum dengan perubahan Syamel yang sangat ketara.

“Gaya hidup sihat, baru jadi yang lebih terbaik dari diri yang dulu. Versi diri anda yang lebih baik. Teruskan usaha.

“Abang buktikan yang semua orang boleh glow up.

“Ok, betul la tu kata orang… suami orang hensem,” komen netizen di video tersebut.

Untuk info, Syamel mendirikan rumah tangga dengan Ernie pada 26 Mac tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Nur Khawla Soleha pada 22 Februari lalu.

@syamel_official Hye saya lah Daddy Khawla ❤️ #fyp #fypシ #foryoupage #tiktokmalaysia #trendingnow ♬ original sound - Syamel