,
Laman Utama

[VIDEO] Netizen Kurang Senang Elly Ariffin Bergurau Senda Dengan Jiggy Masin - “Chill Guys! I Dengan Dia Memang…”

Asyikin Mayudin
23/06/2023
02:55 MYT
Meskipun sudah lama berpisah, namun pengacara Elly Ariffin masih mempunyai hubungan yang baik dengan bekas suaminya yang juga pelawak dan pengacara Jiggy Masin.
Terbaharu menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Elly bergurau senda memukul tangan Jiggy kerana ingin membalas dendam disebabkan bekas suaminya tidak mengajak datang ke majlis perkahwinan dengan atlet penerjun Malaysia iaitu Nur Dhabitah Sabri.
“Bila kau balas dendam dengan ex husband (bekas suami) yang baru kahwin,” tulis Elly.
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka berdua yang masih boleh menjadi kawan biarpun sudah bercerai.
“Best kan dapat berkawan baik dengan bekas… rezeki yang Allah bagi. Tak apa, tak berjodoh sebagai suami isteri, tapi awak boleh berkawan rapat.
“Seronok boleh kawan macam ini, baru harmoni,” komen netizen.
Bagaimanapun terdapat segelintir netizen yang kurang senang dengan gurauan Elly memandangkan Jiggy sudah berkahwin dengan Dhabitah.
Menerusi ruang komen di perkongsian itu, Elly menjelaskan dia sudah meminta izin daripada Jiggy untuk memuat naik video tersebut malah Dhabitah juga tidak kisah dengan gurauan mereka.
“Chill guys! I dengan Jiggy memang macam ni. Jiggy pun approved I post video ni. Bitah sendiri pun cakap dia ok. Tapi korang pula yang kabut lebih,” jelas Elly.
Untuk info, Jiggy pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara dan pelakon Elly Ariffin pada 9 September 2016 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Januari 2020.
Manakala Jiggy telah sah menjadi suami kepada atlet penerjun Malaysia iaitu Nur Dhabitah Sabri dengan sekali lafaz pada April lalu.
@elly_arifin Memang dua2 skali pakej aku bagi kat telinga masing2 ? @Thisisnaqiu @Aizat Nazri #fyp #fypシ #fypdongggggggg #masukberanda ♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kena Pandai Cari Sesuatu Yang Boleh Mulakan…” - Jiggy Kongsi Tips Semarakan Rasa Romantik Buat Pasangan Jarak Jauh

gempak
07/10/2024
14:55 MYT
Bagi Jiggy atau nama sebenarnya, Jiggy Masin,35, sosial media ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan dalam sesuatu perhubungan kekeluargaan.
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Hiburan

Elly Mazlein Lebih Selesa Sembunyi Muka Anak - “Saya Letak Emoji Di Instagram Sahaja, Tapi Kalau Di..”

gempak
17/09/2024
07:55 MYT
Tidak mendedahkan wajah anak kepada umum, pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein, memang selesa dengan tindakan itu.
Hiburan

“Hubungan Suami Isteri Perlu Ada Kepercayaan, Jangan Sebab Nafsu Anak-Anak Merana” - Elly Mazlein

gempak
15/09/2024
23:55 MYT
Meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada pasangan, penyanyi dan pengacara popular Elly Mazlein mengakui tidak pernah memeriksa telefon mahupun dompet suaminya.
Sukan

“This Is Not Her, She Can Do Way Much Better Than This,” - Jiggy

gempak
15/08/2024
14:00 MYT
Pelawak, pengacara dan pelakon, Jiggy akui isu suntingan foto pihak tidak bertanggungjawab terhadap isterinya, penerjun profesional negara, Dhabitah Sabri meninggalkan kesan emosi terhadap mereka berdua.
BorakSeeni