Perkongsian video seorang jurusolek bernama Att Yusof di TikTok memperlihatkan wajah penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz sebelum dan selepas disolek menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen memuji wajah polos Azira tanpa solekan selain ada yang turut menyamakan kecantikan mereka dengan anggota kumpulan De Fam itu.

Malah segelintir netizen juga berasa lebih yakin pada diri mereka selepas melihat perubahan wajah Azira sebelum dan selepas disolek.

“Jadi aku confident dengan muka aku sekarang walaupun pakai banyak skincare pun takat itu saja.

“Cantik saja dengan atau tanpa solekan. Kita saja tak biasa nampak yang tanpa solekan.

“Maknanya aku cantik la sebab muka aku pun begitu tanpa solekan,” komen beberapa netizen.

Malah ada juga netizen yang menggelar pelakon drama siri One Cent Thief (OCT) itu sebagai selebriti antarabangsa seperti Gigi Hadid dan Deepika Padukone versi Malaysia.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

@attyusof @Azira Shafinaz makeup by me, hair by may #attyourservice ♬ unholy sped up - xxtristanxo