Umum mengetahui yang lagu Casablanca nyanyian Nuha Bahrin dan juga Naufal Azrin semakin mendapat tempat dalam kalangan pendengar muzik tanah air, khususnya di platform perkongsian video TikTok.

Tidak hanya di Malaysia, lagu yang turut dimasukkan lirik berbahasa Arab itu turut digunakan oleh pengguna TikTok di Indonesia sebagai lagu latar video-video terbitan mereka.

Begitupun, sebuah akaun TikTok Indonesia yang memuat naik video-video berkaitan dengan fakta muzik telah berkongsi semula klip video Nuha dan Naufal baru-baru ini.

Menerusi kapsyen pada video berkenaan, pemilik akaun tersebut berkata: “Lagi viral ni! Sekilas seperti Bahasa Indonesia, ternyata lagu ini berbahasa Malaysia,” kata akaun berkenaan.

@faktanyamusik Menurut kalian itu Bahasanya kebetulan emang mirip atau gimana guys? ? “Nuha Bahrin, Naufal Azrin - CASABLANCA”#faktanyamusik ♬ suara asli - FAKTANYAMUSIK

Nampaknya, kenyataan tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Meninjau ruangan komen, ramai yang memberi reaksi negatif terhadap kapsyen yang ditulis oleh akaun tersebut.

“Dia expect dialek Malaysia ni: ‘Denyut jentungku berdeber terese indehnye dunie ini kite yeng punye, aku leh meteherimu’.”

“King of Claim is back!”

“Asai lagu viral ja depa punya hahaha."

“Di Malaysia, dialek Bahasa Melayunya banyak. Setiap negeri berbeza, tapi bahasa bakunya seperti dalam lagu ini bukannya saye ade, saye cinte.”

“Ni namanya bahasa baku selalu digunakan dalam acara rasmi dan dalam pembelajaran di sekolah. Bahasa pasar digunakan dalam percakapan harian, faham tak?”

Muzik video rasmi Casablanca yang dimuat naik di saluran YouTube Masyhur sudah mencecah lebih 5 juta tontonan dan dilayari mencecah lebih 2.5 juta di Spotify.

Begitu juga di aplikasi TikTok di mana tanda pagar lagu #casablancachallenge telah mencecah lebih 14.1 juta tontonan.