“Rajin Pak Ustad!" itu antara usikan warganet di ruangan balas kepada selebriti terkenal Neelofa.

Video berdurasi 15 saat yang dimuatnaik Noor Neelofa ,33, di akaun media sosial TikTok miliknya menjadi perhatian warganet apabila suaminya iaitu Hariz Ismail, 27 atau dikenali dengan Pu Riz sedang memakaikan inai dijari isterinya.

Video tersebut telah mencuit hati warganet dan menggelarkan Pu Riz seorang suami yang baik

“Bersyukur Neelofa dapat suami baik macam ni.

“Siapa kata pak ustad tak sweet.

“So sweet, semoga kekal hingga jannah," demikian antara usikan warganet kepada pasangan tersebut di ruangan balas.

@neelofa Follow @nunha.co ♬ suara asli - zayn - zainul

Untuk rekod, Neelofa sah menjadi isteri kepada Pu Riz pada 27 Mac 2021 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Mohd Bilal.