Perkongsian video di laman Instagram memperlihatkan penyanyi Iman Troye bersama rakan-rakan sedang mengedarkan makanan kepada gelandangan mendapat perhatian netizen.

Melahirkan rasa syukur, Iman menerusi perkongsian itu berkata dia akan cuba banyakkan lagi aktiviti kerja amal seperti itu agar dapat membantu golongan yang memerlukan.

“Alhamdulillah, syukur. Insya-Allah, Iman dan team akan cuba kerapkan lagi aktiviti CSR. Korang boleh tolong komen dan bagi idea dekat kita siapa dan di mana lagi yang memerlukan,” katanya.

Rata-rata netizen memuji tindakan penyanyi lagu Nang itu yang dianggap mulia kerana berkongsi rezeki dengan gelandangan.

Sementara itu, kakak kepada Iman yang dikenali sebagai Ain Fatiha menerusi video di laman TikTok turut berkongsi mengenai sikap adiknya yang sentiasa mengutamakan keluarga.

“You gold @imantroye. You kesayangan semua orang. Ali dan Arman love you so much! Kenapa rezeki you selalu murah sebab you letak family first.

“Bila kena kecam teruk dulu, you cakap no worries, adik okay. Semoga sentiasa kuat adikku Iman Alyssa. Semoga sentiasa didalam pelukkan Allah.

Ramai orang tanya, best ke jadi family artis. Tak. Tak best.

“Orang bebas bercakap. Orang bebas kecam tanpa tidur sebantal pun. 90 peratus orang cakap kat luar sana semua salah,” tulisnya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

A post shared by ???? ?????? ????????? ? (@imantroye)