Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

[VIDEO] Netizen Sakit Mata Lihat Gelagat Aliff Syukri & Baby Shima Menari Untuk Klip Video - “Makin Pelik-Pelik…”

Izwan Isa 10/08/2022 | 23:50 MYT

Sejak beberapa hari yang lalu, pengusaha kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri dilihat seperti memberikan gambaran yang dia bakal meluncurkan single baharu.

Menerusi hantaran di Instagram sebelum ini, Aliff dilihat memuat naik klip belakang tabir satu babak yang difahamkan bakal dimuatkan dalam video rasminya kelak.
Terbaharu, Aliff sekali lagi menimbulkan cakap-cakap nakal dalam kalangan netizen apabila berkongsi sepotong klip yang menampilkan penyanyi Baby Shima sebagai penyanyi undangan dalam lagu berkenaan.

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

Menerusi ruangan kapsyen, Aliff yang melabelkan dirinya sebagai penyanyi nombor satu Malaysia bakal hadir dengan sebuah video berkonsepkan K-Pop.
“Artis nombor 1 nak menyanyi, please beri laluan. Ada yang tak sabar nak dengar suara penyanyi nombor 1 Malaysia ni?
“Konsep video klip K-Pop dan akan kalahkan Blackpink dan BTS. Nantikan,” tulisnya Aliff.
Begitupun, menerusi ruangan komen, netizen dilihat kurang berkenan dengan gaya dan penampilannya menerusi klip video berkenaan.
“Allahu.. Sakit mata kita wak nengoknya.”
“Haih apa ni Datuk? Adeh yang menari pun.”
“Kesian isteri dan anak-anak dia.”
“Makin pelik-pelik je tengok Baby Shima sekarang ni…”
Terdahulu, Aliff Syukri pernah dikecam kerana merakamkan klip video hari raya dengan elemen LGBT.

#Baby Shima #Datuk Seri Aliff Syukri
;